web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Keputusan Rayuan Siti Bainun Diketahui 24 April Ini

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2024 8:23PM

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 24 April ini keputusan bagi rayuan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang didapati bersalah atas kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella.

Hakim Datuk Noorin Badaruddin menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan peguam Haijan Omar, Nur A'minahtul Mardiah Md Noor dan Nurul Hafidzah Hassan mewakili Siti Bainun selaku perayu dan Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria dan Analia Kamaruddin.

"Mahkamah telah meneliti kesemua hujahan lisan pihak pendakwaan dan pembelaan. Oleh itu, saya akan memberikan alasan penghakiman yang ringkas pada tarikh itu," kata Noorin ketika pendengaran berhubung sabitan itu.

Pada 3 Mei 2023, Hakim Mahkamah Sesyen, Izralizam Sanusi memerintahkan Siti Bainun menjalani hukuman penjara 12 tahun serta- merta dan dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman itu selepas menolak permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman.

Siti Bainun, yang didapati bersalah melakukan perbuatan itu ke atas Bella, 13, di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021, turut diperintah menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan seorang penjamin berserta cagaran RM5,000.

Wanita itu juga diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.

Terdahulu, Haijan berhujah Hakim Mahkamah Sesyen telah tersalah arah dalam mensabitkan kesalahan terhadap Siti Bainun selain hak anak guamnya telah diprejudiskan kerana tidak diwakili peguam semasa pertuduhan pindaan (menganiaya) dibacakan.

Beliau berkata, Siti Bainun ada meminta penangguhan prosiding bela diri kerana dia tidak diwakili peguam pada ketika itu, namun permohonannya tidak dibenarkan hakim bicara dan disuruh membela diri dengan membaca pernyataan saksinya.

Haijan berkata, pihak pendakwaan juga tidak memanggil dua remaja dikenali sebagai Aida dan Balqis yang juga bekas penghuni rumah kebajikan itu yang menyaksikan kejadian berlaku pada Bella.

Sementara itu, Analia berkata, dua saksi itu tidak dipanggil kerana mereka adalah saksi kanak-kanak dan keterangan mereka mencukupi ketika mereka disoal siasat.

"Ketika kejadian, remaja berusia 14 dan 16 tahun itu berada di bawah pemeliharaan Siti Bainun. Mengambil perkara itu, pihak kami menghujahkan tiada keterangan lain diperlukan," katanya.

Seorang lagi peguam Siti Bainun iaitu Nur A'minahtul berkata, berdasarkan keterangan pakar perubatan kecederaan yang ada pada tubuh badan Bella telah semakin baik kecuali di bahagian tangan kanan dan kiri Bella kerana tabiat remaja perempuan itu suka mengopek keruping luka itu.

"Tidak ada sebarang penderaan dan penganiayaan, malah rekod perubatan Bella juga tidak dibawa ke mahkamah. Ini menunjukkan Siti Bainun telah mengambil semua tindakan merawat Bella selepas mengetahui kecederaan itu berlaku," kata Nur A'minahtul.

Mahkamah Tinggi pada 23 Mei 2023 menolak permohonan Siti Bainun supaya pelaksanaan hukuman penjara terhadapnya ditangguhkan selepas mendapati tiada keadaan khas atau luar biasa untuk berbuat demikian. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 bulan yang lalu

Selangor FC Akan Fail Rayuan Rasmi Kepada MFL

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Status Agama Islam: Mahkamah Tolak Rayuan Wanita

3

Semasa 8 bulan yang lalu

1 Mac Keputusan Rayuan Bekas ADUN Tronoh Terhadap Sabitan Rogol Amah

4

Semasa 9 bulan yang lalu

eMADANI: 6.5 Juta Permohonan Lulus, RM650 Juta Sudah Dikreditkan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini