web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Novel Cabul Di SIBF2023: KDN Sudah Lancarkan Siasatan - Penganjur

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Dec 2023 8:38AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengambil langkah segera dengan menyiasat kewujudan novel lucah, yang dijual secara terbuka di Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023 (SIBF2023).

Mengesahkan perkara itu, Pengarah SIBF2023, Zafrullah Aris berkata, ia susulan dakwaan yang tular di media sosial, khususnya Facebook dan X mengenai penjualan secara terbuka beberapa novel lucah di acara berkenaan.

Menurut beliau, aduan berhubung perkara itu telah diterima dan dipanjangkan ke pengetahuan KDN.

“Urus setia SIBF2023 sentiasa bekerjasama dengan pihak KDN bagi membuat pemantauan untuk menyemak kandungan yang dipamerkan dari masa ke semasa,” katanya.

Getaran semalam melaporkan, orang ramai ‘resah’ dengan kewujudan beberapa novel yang mengandungi unsur sumbaleweng dan unsur negatif lain, termasuk menggalakkan hubungan sumbang mahram.

Lebih membimbangkan, novel-novel terbabit menjadi buruan generasi muda, khususnya golongan remaja, termasuk yang masih di bangku sekolah.

Sinopsis 'novel cabul' yang menjadi buruan pembaca muda, termasuk pelajar sekolah - gambar X
Sinopsis 'novel cabul' yang menjadi buruan pembaca muda, termasuk pelajar sekolah - gambar X

Berasal dari Wattpad, karya diistilahkan sebagai ‘novel cabul’ ini dikesan turut mengagungkan pembawaan romantis dunia barat, yang bertentangan dengan peradaban masyarakat Timur.

Mengulas lanjut Zafrullah berkata, pelbagai langkah telah diambil oleh urusetia untuk mengekang penyebaran bahan bacaan yang tidak sesai kepada pengunjung, bagi memastikan kandungan yang bersesuaian untuk penjualan atau edaran.

Katanya, taklimat dan peringatan kepada sema yang terlibat di SIBF2023 sentiasa dilaksanakan sama ada sebelum atau semasa pesta berlangsung.

“Penyediaan dan pemilihan bahan bacaan yang berkualiti adalah tanggungjawab bersama bagi memastikan agenda Dekad Membaca Kebangsaan dapat mencapai matlamatnya. 

“Penerbit, penulis, pengkarya, illustrator dan semua yang terlibat dalam industri perbukuan berperanan dalam menghasilkan dan menyediakan bahan bacaan yang baik,” katanya.

Jelas beliau, ibu bapa juga bertanggungjawab memastikan bahan bacaan dipilih bersesuaian dengan perkembangan anak-anak.

“Kami amat berterima kasih atas keprihatinan dan sokongan orang ramai terhadap penganjuran SIBF2023.

“SIBF2023 ini disertai dan dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat samada dewasa, remaja dan kanak-kanak,” katanya.

Zafrullah memberitahu, SIBF2023 adalah platform keilmuan bagi membina masyarakat yang lebih bertamadun.

“Pengunjung boleh mendapatkan pelbagai bahan bacaan berkualiti yang ditawarkan barisan para pempamer di SIBF2023.

“Berbaki empat hari lagi, masyarakat diseru dan dijemput hadir tanpa gusar di samping merebut pelbagai tawaran dan menyertai aktiviti menarik di SIBF2023,” katanya. - Getaran, 7 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Ops Mulia: 164 Individu Ditahan, Al-Quran Dan Bahan Ayat Suci Bernilai RM3.1 Juta Dirampas

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Pindaan Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan Akan Diselesaikan Secepat Mungkin

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Cadangan Pindaan Perlembagaan Berkaitan Kewarganegaraan Dipersetujui Kabinet

4

7 bulan yang lalu

KDN Pantau Aplikasi Quran Dalam Talian Tiada Kelulusan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 19 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global