web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


CDC Raih 4 Anugerah MPRA 2023, Bukti Komitmen Terhadap Kelestarian

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2023 4:36PM

Commerce Dot Com Sdn Bhd (CDC) memenangni tempat kedua bagi Anugerah Kelestarian selain tiga anugerah lain termasuk Crisis Management Award’, ‘Public Sector Award’ dan ‘Employee Communication Award’ pada majlis yang sama. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kemenangan Commerce Dot Com Sdn Bhd (CDC) pada Malaysia Public Relation Award 2023 (MPRA 2023) mencerminkan penekanan syarikat tersebut terhadap kelestarian, melalui tadbir urus yang baik dan ketelusan sebagai nilai-nilai integriti yang penting.

Jurucakap syarikat berkata, kempen digerakkan syarikat terbabit, ‘Sustainable Integrity: Commercedotcom’s Ongoing Efforts to Foster A Corruption Free Society’ juga berjaya memenangi tempat kedua bagi Anugerah Kelestarian.

Menurut beliau, pengiktirafan ini mempamerkan komitmen CDC kepada integriti, nilai teras yang tertanam dalam rangka korporat dan etos operasinya.

“Sebagai pelopor dalam landskap perolehan elektronik, CDC memberi penekanan kepada peranan kelestarian melalui tadbir urus yang kukuh dan telus,” katanya.

Jelas jurucakap itu, komitmen syarikat terhadap integriti tidak hanya tertanam pada prinsipnya yang menyeluruh, tetapi juga dalam produk ‘flagship’ syarikat iaitu, ePerolehan (eP).

“Platform ini menjamin ketelusan dengan membolehkan transaksi dipantau secara terbuka untuk mengurangi risiko penyelewengan dan rasuah.

“Kemenangan CDC mempamarkan usaha proaktif syarikat terhadap arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memerangi rasuah dalam proses perolehan,” katanya.

Beliau menarik perhatian, CDC juga telah mengintegrasikan nilai integriti ke dalam struktur governans secara keseluruhan.

Syarikat ini katanya, mempunyai pensijilan ISO ABMS, yang jelas mencerminkan komitmen mereka terhadap standard tadbir urus dalaman lebih tinggi.

“CDC juga berpegang teguh kepada pendekatan dan usaha untuk membentuk landskap bagi memastikan kelestarian, tadbir urus yang baik, dan ketelusan bukan sekadar aspirasi tetapi menjadi komponen penting dalam setiap transaksi.

“Pendekatan komprehensif CDC terhadap integriti merentasi tenaga kerjanya dan produk yang ditawarkan,” katanya.

Sementara itu, pasukan Komunikasi Korporat dan Pemasaran CDC turut berjaya memenangi tiga anugerah lain termasuk Crisis Management Award’, ‘Public Sector Award’ dan ‘Employee Communication Award’ pada majlis yang sama. 

Anugerah bagi ‘Public Sector Award’ disampaikan oleh Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, kepada Ketua Pegawai Operasi CDC, Abdul Halim Mohamad Yusof. - Getaran, 7 Disember 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'