web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ayuh Meriahkan Hari Terakhir Program Setahun Kerajaan Madani

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2023 8:57AM

Orang ramai melakukan saringan kesihatan percuma di Program Setahun Bersama Kerajaan Madani

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas dua hari berlangsung, Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil bakal melabuhkan tirai hari ini dengan acara kemuncak ialah Majlis Perasmian Penutupan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Berlangsung di pentas utama pekarangan stadium itu, Anwar dijangka menyampaikan amanat serta mengadakan sesi dialog Malaysia MADANI yang turut dihadiri kepimpinan tertinggi Kerajaan Perpaduan pada 3 petang.

Selain penyampaian hadiah cabutan bertuah, penyerahan kutipan Tabung Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin Peringkat Perkhidmatan Awam turut diadakan. 

Orang ramai juga berpeluang memeriahkan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI dengan pelbagai tarikan menanti termasuk menjana pendapatan melalui perniagaan coklat buatan tangan selain mendapatkan panduan mengenai Geran Agropreneur Muda dan Program Pembiayaan Agrobank.

Mereka juga dapat menyaksikan persembahan artis terkenal tanah air seperti Faizal Tahir, Hael Husaini, Suki Low dan Santesh di pentas utama yang akan bermula dari 12.30 hingga 1.30 tengah hari.

Bagi yang mempunyai saman trafik, hari ini adalah peluang saat akhir untuk mendapatkan diskaun hingga 50 peratus di kaunter bayaran saman Polis Diraja Malaysia yang dibuka sejak dua hari lepas.

Perdana Menteri (kanan) menyantuni pengunjung cilik ketika melawat Program Setahun Bersama Kerajaan Madani
Perdana Menteri (kanan) menyantuni pengunjung cilik ketika melawat Program Setahun Bersama Kerajaan Madani

Tidak ketinggalan, pameran aset kerajaan termasuk milik Angkatan Tentera Malaysia seperti aset strategik dan kenderaan ringan, saringan kanser payudara dan kanser serviks, klinik pergigian dan klinik kesihatan am bergerak serta cabutan bertuah. 

Pada 8 pagi, majlis pelepasan Mobilisasi MADANI Afiat berlangsung di pekarangan stadium. 

Selain melawat reruai kementerian dan agensi kerajaan, pengunjung boleh menikmati diskaun hingga 30 peratus bagi barangan keperluan harian seperti sayur-sayuran, ayam dan daging segar menerusi Jualan Mega MADANI.

Bagi memastikan kemudahan serta kelancaran perjalanan, orang ramai boleh menggunakan pengangkutan awam dengan perkhidmatan bas percuma disediakan bermula 7 pagi dan mereka juga akan menikmati diskaun 25 peratus bagi tambang perjalanan ke Stesen LRT Bukit Jalil. 

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI diadakan dengan tiga objektif iaitu menyebar luas dan mempromosikan dasar serta inisiatif baharu kepada rakyat, meningkatkan pemahaman dan kesedaran umum terhadap hala tuju dan matlamat kerajaan serta membina kepercayaan dan keyakinan antara kerajaan dengan rakyat melalui kaedah pelaporan secara berkala. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Bangkit Dari Kealpaan, Kecuaian, Kelemahan Jika Mahu Perubahan Sebenar - PM

2

Semasa 5 bulan yang lalu

PM Titip Pesanan Kepada Anggota JKDM, JIM Supaya Sentiasa Jaga Disiplin, Integriti

3

Semasa 5 bulan yang lalu

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Hampir 10,000 Sertai Majlis Iftar Madani Bersama PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka