web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ingkar SOP, 9 Individu Dikompaun Anjur Majlis Hari Lahir

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2021 4:07PM

9 orang berdepan kompaun RM5,000 selepas menganjurkan majlis hari jadi di Petaling Jaya. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Gara-gara mengadakan majlis sambutan hari lahir, sembilan individu berdepan kompaun RM5,000 setiap seorang, selepas didapati bersalah mengingkari prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, penganjur acara itu turut dikompaun RM25,000 bagi kesalahan sama.

Menurut beliau, polis membuat pemeriksaan  ke atas premis terbabit, selepas menerima aduan daripada orang ramai berhubung penganjuran satu acara yang melanggar SOP.

"Polis mendapati majlis sambutan hari lahir itu diadakan di dalam sebuah bilik dan disertai sembilan individu, masing-masing lima wanita dan empat lelaki berusia antara 23 tahun hingga 45 tahun yang juga  warga negara tempatan.

"Kesemua individu yang diperiksa telah dikenakan kompaun di bawah Peraturan 9 iaitu aktiviti terlarang," katanya di sini.

Majlis seumpama itu adalah antara aktiviti yang dilarang di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2021. 

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka dan mematuhi SOP yang telah dikeluarkan supaya dapat memutuskan rantaian penularan COVID-19. - Getaran, 29 Mei 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka