web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemuda Maut, Leher Terkena Pisau Pemotong Besi

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2023 1:11PM

Pemeriksaan pada tubuh badan mangsa mendapati tiada tanda-tanda pergelutan - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KODIANG - Seorang lelaki maut selepas lehernya dipercayai terkena bilah mesin pemotong besi di Kampung Pida Lama dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Rodzi Abu Hassan berkata, mangsa, Muhammad Hafizad Ibrahim, 25, ditemukan tidak bernyawa oleh adiknya di stor rumah mereka kira-kira jam 5.30 petang.

"Ketika adik mangsa yang berusia 14 tahun pergi ke lokasi untuk mengambil barang, dia terlihat abangnya terbaring dalam keadaan melunjur dengan kecederaan parah di leher. 

"Adik mangsa mendakwa dia tidak melihat orang asing berada di kawasan tersebut," katanya ketika dihubungi Getaran di sini, hari ini.

Menurut beliau, mangsa ditemui terbaring di sebelah mesin pemotong besi elektrik tersebut.

"Berdasarkan keterangan bapanya, mangsa dikatakan demam sejak empat hari lalu dan masih belum pulih sepenuhnya.

"Siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu, dan kecederaan pada leher mangsa dipercayai berpunca daripada bilah mesin pemotong tersebut. Pemeriksaan pada tubuh badan mangsa juga mendapati tiada tanda-tanda pergelutan," katanya.

Jelas Rodzi, pemeriksaan lanjut juga tidak menemukan sebarang objek mencurigakan di lokasi kejadian dan tiada tanda-tanda mangsa membunuh diri. 

"Mayat mangsa yang merupakan lulusan Kolej Matrikulasi Tambun Tulang di Perlis dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk dibedah siasat.

"Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya. - Getaran 15 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

2

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Mangsa Kedua Keropok Beracun Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi