web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'Patutnya Dr Nasihat Jangan Main Air Banjir' - Netizen

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2023 9:07PM

Dr Azman Ibrahim - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Jabi, Dr Azman Ibrahim sekali lagi diselar netizen gara-gara hantaran di X, kali ini mengenai aktiviti di musim banjir.

Menerusi satu ciapan petang semalam, Exco Kerajaan Negeri itu memuat naik rakaman video yang memperlihatkan tiga remaja lelaki sedang bermain air banjir.

Menyifatkan perbuatan kesemua remaja berkenaan sebagai ‘kenangan indah di waktu kecil’, doktor gigi itu berkata, masa kanak-kanak perlu dinikmati sepuasnya.

Ciapan berkenaan pantas mendapat reaksi netizen yang jelas tidak bersetuju dengan tindakan Dr Azman kerana dianggap ‘menggalakkan’ anak-anak ‘mencari nahas’.

M di akaun @dli85 misalnya berkata, perbuatan yang mengundang bahaya tidak seharusnya dinormalisasikan.

“Jangan dinormalisasikan benda yang bahaya hanya untuk menggamit memori.

“Nak bergembira ada caranya. Cuba perhati juga risiko yang bakal melanda. Budak-budak main motor dalam banjir. Belum lagi kalau orang tanya lesen mana,” katanya, kesal.

Azri atau @ibnu_sukri95 pula berkata, Dr Azman selaku seorang ahli perubatan seharusnya lebih arif dengan penyakit dan virus yang boleh merebak ketika musim banjir.

“Title Dr, tapi tu la kan..sekadar title Dr je la..,” katanya sinis.

Dia turut memuat naik petikan risalah kesihatan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung banjir dan risiko penyakit yang mungkin berlaku.

Pendapat senada turut diluahkan Vince yang menggunakan akaun @vinceleem100.

“Bodohnya gelaran doktor. Tak tau ke malapetaka mudah menimpa (kalau) nampak budak main air masa banjir,” katanya, keras.

Tinjauan Getaran mendapati, ciapan Dr Azman itu sudah menerima 1.2 juta tontonan.

Beliau bagaimanapun dilihat mengambil pendekatan berdiam diri dan tidak membalas semua kecaman dilemparkan. - Getaran, 26 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

2

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Puluhan Kereta Ditenggelami Air Akibat Banjir Kilat Di Penampang

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Alahai Kasihannya Kakak Ni, Menangis Takut Banjir

4

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Aksi Tesla Model Y Redah Banjir Di Dubai

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global