web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kegagalan LPK Bertindak Jejaskan Industri Perkapalan Tempatan, YB Loke Tolonglah Bantu!

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2024 7:56PM

Isu dan masalah di Pelabuhan Selatan yang berlarutan menyebabkan kerugian kepada sektor perkapalan tempatan - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kegagalan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) menangani pelbagai isu berbangkit termasuk melibatkan Maritime Network sedikit sebanyak menjejaskan industri perkapalan tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Maritime Network, Datuk Seri R Jeyenderan berkata, LPK sebagai sebuah pihak berautoriti seharusnya tampil agresif dan sentiasa cakna dengan segala isu yang timbul, apatah lagi jika ia menbabitkan syarikat tempatan.

Menurut beliau, apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila segala masalah masih berlarutan sehingga kini.

“Saya selama ini sudah berusaha untuk meraih perhatian LPK kerana mereka adalah pihak yang berkuasa untuk menyelesaikan semua permasalahan di Pelabuhan Selatan.

“Tapi apa yang berlaku saya pula difitnah. Tak mengapa, saya reda tapi jangan biarkan industri perkapalan tempatan menjadi mangsa,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

R Jeyenderan - gambar Amirah Abu Bakar
R Jeyenderan - gambar Amirah Abu Bakar

Jelas Jeyenderan, beliau seboleh mungkin tidak mahu semua isu ini berpanjangan, tetapi ia seolah-olah tidak menemui sebarang penyelesaian, sedangkan kerugian yang berlaku bukan sedikit.

Diminta mengulas masalah yang timbul, beliau memberitahu, ia antara lain membabitkan prosedur operasi standard (SOP) mengenai saiz kapal dan masalah pencahayaan.

“LPK memberi alasan kebenaran berlabuh hanya antara jam 8 pagi hingga 5 petang kerana tiada lampu atau pencahayaan yang mencukupi.

“Tidakkah alasan ini kedengaran begitu ‘menggelikan hati’? Bagaimana sebuah pelabuhan bertaraf antarabangsa boleh bergelap,” katanya, kesal.

Jeyenderan menarik perhatian, kedalaman laut juga semakin berkurangan setiap kali, gara-gara kerja pendalaman dan pembersihan yang tidak dilakukan dengan sewajarnya.

“Sejak setahun lalu, kedalaman di Labuhan Kurap hanya sekitar 6.5 meter, sedangkan had sebenar ialah 7.5 meter.

“Ini menyebabkan kapal bersaiz besar tidak dapat berlabuh, sekali gus menyumbang kepada kerugian untuk industri perkapalan tempatan,” katanya.

R Jeyenderan (tengah) pada sidang media hari ini - gambar Amirah Abu Bakar
R Jeyenderan (tengah) pada sidang media hari ini - gambar Amirah Abu Bakar

Tegas beliau, sudah tiba masanya Menteri Pengangkutan, Anthony Loke turun padang dan bertemu dengan pemain industri bagi mendengar sendiri rintihan mereka.

“Jangan hanya serahkan kepada LPK untuk diuruskan. YB (Yang Berhormat) sendiri perlu turun dan berjumpa kami. Lihat dan dengar sendiri rintihan kami.

“Saya pasti YB Loke sebagai peminpin yang sering turun padang boleh menangani masalah ini secara adil. Kami bukan mahu memburukkan mana-mana pihak, tetapi berilah kami keadilan yang sepatutnya,” katanya. - Getaran, 12 Januari 2024

@getaranmy Kegagalan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) menangani pelbagai isu berbangkit termasuk melibatkan Maritime Network sedikit sebanyak menjejaskan industri perkapalan tempatan. #getaranmy #getaran #semasa #terkini #trending #berita #viral ♬ original sound - Getaran

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tekanan Berterusan Perlu Diberi Kepada Israel, Laksana Gencatan Senjata Dengan Segera - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pukul Pemandu E-Hailing OKU, Pengawal Pengiring VIP Didenda RM1,000

Luar Negara 1 hari yang lalu

Banjir Sepanyol: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Wisma Putra