web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


RM6.2 Juta Rampasan Op Tiris Sepanjang 2023 Di Perak

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2024 4:44PM

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail (kanan) melupuskan tong penyimpanan minyak diesel yang dirampas, pada sidang media di bangunan stor penyimpanan ekshibit KPDN Perak. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak merekodkan jumlah rampasan bernilai RM6,216,457.37 melalui Op Tiris yang dijalankan sepanjang tahun lalu.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalluddin Ismail berkata, daripada jumlah berkenaan, 90 peratus daripadanya melibatkan hasil 56 kes rampasan minyak diesel iaitu sebanyak RM5,584,687.46 membabitkan 275,406 liter termasuk kenderaan dan peralatan lain.

"Op Tiris 1.0 telah dilaksanakan oleh KPDN bermula 1 Mac hingga 31 Ogos tahun lalu dan dilanjutkan hingga 31 Disember melalui Op Tiris 2.0 yang ditambah baik dengan memperluas tindakan rintis risikan ketirisan subsidi lain seperti minyak masak, beras dan gula," katanya pada sidang media program Pelupusan Ekshibit Perdana KPDN Perak di sini, hari ini.

Pada program itu, ekshibit atau barang kes bernilai lebih RM600,000 membabitkan barangan seperti pam minyak, hos, tangki IBC, kenderaan, makanan biskut, pelekat jenama dan kasut sukan dilupuskan.

Kamalludin berkata, jumlah nilai pelupusan terkumpul sepanjang tahun lalu adalah RM1.5 juta iaitu meningkat sebanyak 29.6 peratus berbanding RM1.2 juta yang direkodkan pada 2022.

"Jumlah nilai rampasan bagi 2023 meningkat 203 peratus berbanding tahun sebelumnya, selain peningkatan turut direkodkan terhadap nilai kompaun iaitu sebanyak 59 peratus bagi tempoh sama," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Op Tiris 3.0 pada tahun ini bersifat lebih menyeluruh serta besar-besaran bagi menangani ketirisan dan penyelewengan lebih-lebih lagi apabila kerajaan mengumumkan pelaksanaan sasaran semula subsidi barang kawalan.

Kamalludin berkata, setakat 1 hingga 12 Januari lalu, rampasan bernilai RM1.9 juta berjaya dilakukan hasil daripada 34 kes melibatkan aktiviti penyelewengan barang kawalan diesel, gas petroleum cecair (LPG).

"Kesemua kesalahan dan penyelewengan yang direkodkan itu disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Ops Kesan 2.0: 31 Syarikat Di Perak Terima Notis Bertulis 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka