web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Iklankan Khidmat Persundalan, 'Hot Daddy', 2 Teman Wanita Didakwa

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2024 4:49PM

Hasil Ikhwan Arif Zul Hasli (tengah) dan dua teman wanitanya berdepan hukuman penjara 15 tahun, denda dan sebatan jika sabit kesalahan - gambar Borneo Buletin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gigolo tempatan dikenali sebagai Hot Daddy dan dua teman wanitanya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mengiklankan khidmat persundalan di media sosial.

Kesalahan berkenaan didakwa dilakukan minggu lalu menggunakan platform X.

Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, Norhidayah Mahadi, 24 dan Norshazrina Md Zamri, 27 bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Menurut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh secara bersama membuat pengiklanan khidmat persundalan di X, yang difahami secara munasabah sebagai khidmat persundalan.

Kesalahan berkenaan didakwa dilakukan di Pejabat D7 (Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap) Bukit Aman, di sini pada jam 10.10 pagi, 16 Januari lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 372 (1)(e) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama bawah Seksyen 34 kanun sama.

Sabit kesalahan, kesemuanya boleh dipenjara 15 tahun, dikenakan sebatan dan denda.

Siti Aminah selepas mendengar hujah pendakwa dan pembela menetapkan supaya setiap tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Terdahulu, mengambil kira kepentingan awam, Timbalan Pendakwa Raya, Nidzuwan Abd Latif tidak menawarkan jaminan kepada ketiga-tiganya.

Nidzuwan dipetik Harian Metro sebagai berkata, kesalahan berkenaan juga tidak boleh dijamin.

Katanya, pihak pendakwa bagaimanapun mencadangkan jumlah jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh, jika mahkamah membenarkan jaminan.

Peguam, Mohd Faris Abrar Othman yang mewakili semua tertuduh bagaimanapun merayu anak guamnya dibenarkan untuk diikat jamin dengan kadar yang minimum.

Katanya, kesemua mereka memiliki tanggungan termasuk ibu dan bapa yang uzur manakala Norhidayah hanya bekerja sendiri dan tidak mempunyai pendapatan tetap. 

Hasil Ikhwan juga jelas Mohd Faris,  menanggung tiga anak yang masih kecil, berusia 12, 10 dan empat tahun.

Mahkamah menetapkan 28 Februari depan untuk serahan dokumen. - Getaran, 26 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Jangan Normalisasikan Maksiat, Pempengaruh Media Perlu Lebih Bertanggungjawab - Menteri

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Fasha Isteri Saya, Tiada Siapa Boleh Sentuh Dia – Aidil Aziz

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 26 minit yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad