web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Normalisasikan Maksiat, Pempengaruh Media Perlu Lebih Bertanggungjawab - Menteri

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2024 9:12PM

Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli (kiri) ketika menjadi tetamu sebuah laman penstriman langsung baru-baru ini - gambar Instagram Bros Gang TV

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua pihak, khususnya pempengaruh media perlu lebih bertanggungjawab kepada agama dan negara ketika membuat hantaran atau memuat naik kandungan di laman sosial masing-masing.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, beliau amat terkejut dengan tindakan sebuah program podcast mengundang seorang tertuduh yang sedang dibicarakan sebagai tetamu.

Menurut beliau, individu terbabit ketika ini sedang berdepan perbicaraan di mahkamah kerana penglibatan dalam aktiviti berkaitan persundalan.

“Amat jelas aktiviti persundalan adalah satu perlakuan jijik disisi agama.

“Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud, seorang Mukmin melihat dosa-dosanya seperti dia berada di bawah gunung, dia takut gunung itu akan menghempapnya. Sedangkan orang fajir (derhaka), dia melihat dosa-dosanya seperti melihat lalat hinggap di hidungnya,” katanya, memetik hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi.

Dr Mohd Na'im Mokhtar - gambar fail
Dr Mohd Na'im Mokhtar - gambar fail

Mohd Na’im berkata, mereka tidak seharusnya menagih populariti dengan mencipta sensasi sehingga sanggup menormalisasikan perkara maksiat dan mungkar.

“Marilah kita sentiasa memberikan contoh dan akhlak yang baik kepada masyarakat agar segala perbuatan baik yang diikuti akan mendapat pahala yang berpanjangan. 

“Pada masa sama kita membina generasi yang menjunjung tinggi nilai-nilai agama dan akhlak,” katanya.

Sebuah laman web penstriman secara langsung baru-baru ini menerima kecaman ramai gara-gara mengundang Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, untuk bersiaran bersama mereka.

Menerusi hantaran di Instagram, pengendali akaun terbabit berkata, mereka tidak pernah menyokong mana mana pihak yang melakukan perkara yang tidak bermoral, malah melawan dan mencegah perkara-perkara tersebut.

“Penyebaran gambar BGTV bersama Hot Daddy telah mendapat perhatian netizen di internet serta segala perspektif persoalan positif dan negatif disuarakan. 

“Di dalam podcast tersebut, beberapa perkara yang telah berlaku. Perdebatan yang hebat telah berlaku antara kami dan tetamu. BGTV adalah satu platform reality showcase.
Maka segala video yang dikeluarkan berdasarkan realiti kehidupan. Pahit manis memang kena telan. Semoga kita semua sentiasa dirahmati,” katanya. - Getaran, 6 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Iklankan Khidmat Persundalan, 'Hot Daddy', 2 Teman Wanita Didakwa

2

Semasa 2 tahun yang lalu

6 ‘Mak Nyah’ Ditahan Kerana…

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Operasi Cegah Maksiat, Pasangan Kekasih Bercuti Di Pulau Kapas Dicekup

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'