web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Operasi Cegah Maksiat, Pasangan Kekasih Bercuti Di Pulau Kapas Dicekup

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2021 6:42PM

Yusuf berkata, operasi itu merupakan sebahagian daripada pemantauan berkala yang dilakukan Skuad Amar.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MARANG - Sepasang kekasih berusia 22 dan 24 tahun yang bercuti di Pulau Kapas ditangkap khalwat dalam satu operasi mencegah maksiat di sebuah resort di pulau itu malam semalam.

Operasi tersebut digerakkan Skuad Amar Makruf Nahi Mungkar (Skuad Amar), iaitu sebuah badan yang ditubuhkan Pemuda PAS Marang dengan kerjasama penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Ketua Pemuda PAS Kawasan Marang, Yusuf Abdul Hadi berkata, operasi itu merupakan sebahagian daripada pemantauan berkala yang dilakukan Skuad Amar, bertujuan sebagai langkah mencegah jenayah syariah selain memberi kesedaran kepada masyarakat.

Tambah beliau setiap operasi yang dilakukan Skuad Amar akan turut melibatkan JHEAT.

“Terima kasih kepada penguat kuasa JHEAT membantu operasi malam tadi dan kami sedia bekerjasama dengan pelbagai agensi selepas ini bagi membanteras perbuatan yang dilarang agama dalam masyarakat.

“Skuad Amar bukan sahaja bersama penguat kuasa dalam operasi pencegahan, tetapi turut menyebarkan risalah kesedaran kepada masyarakat bergantung kepada situasi dan masa terutama pada hujung minggu,” katanya.

Pasangan tersebut didakwa di bawah Seksyen 31 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 yang boleh membawa kepada hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. - Getaran, 24 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 bulan yang lalu

Kes Khalwat: Aliff Aziz, Ruhainies Mengaku Tak Bersalah

2

Selebriti 6 bulan yang lalu

Aliff Aziz Sekali Lagi Terpalit Kes Khalwat Dengan Pelakon Wanita

3

Semasa 7 bulan yang lalu

38 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Sekitar Johor

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Perjalanan Bas Bawa Pelancong Tertangguh, Pemandu Tiada Lesen Memandu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 minit yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan