web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ingatkan Imigresen, Rupanya Nelayan Yang ‘Cekup’ PATI

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2024 6:04PM

Enam PATI yang diberkas hasil keprihatinan sekumpulan nelayan di Pantai Dulang Kechil, pagi tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

YAN - Keprihatinan komuniti nelayan terhadap pergerakan mencurigakan sebuah bot asing, berjaya membantu pihak berkuasa memberkas enam pendatang asing tanpa izin (PATI) yang baru mendarat di tepi Pantai Kuala Dulang Kechil dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, kalangan nelayan tersebut yang hendak turun ke laut merasa pelik apabila terlihat sebuah bot memasuki 'pintu kuala'.

Menurut seorang daripada mereka, Zafri Aiman Jalmen, 23, dia  merasa sesuatu yang aneh apabila melihat sekumpulan individu turun dari bot dengan menggalas beg pakaian.

"Biasanya pada waktu itu nelayan baru hendak ke laut tetapi bot itu pula 'masuk' dan mendaratkan orang di pintu kuala.

"Enam individu yang turun dari bot itu kemudiannya dilihat berjalan di atas batu penghadang ombak menuju ke kawasan lapang berhampiran," katanya.

Tidak menunggu lama jelas Zafri, dia menyergah kumpulan enam individu berkenaan menyebabkan mereka lari ke arah taman permainan kanak-kanak di kawasan berdekatan.

"Saya kemudiannya segera memanggil rakan lain untuk membantu mengejar kumpulan warga asing tersebut.

"Disebabkan kawasan taman kanak-kanak itu berpagar, kesemua mereka gagal melarikan diri. Kami kemudiannya menyerahkan mereka kepada kumpulan Rukun Tetangga sebelum semua PATI tersebut diserahkan kepada pihak polis," katanya.

Zafri Aiman Jalmen menunjukkan lokasi sekumpulan PATI dilihat meniti atas batu penghadang ombak. - gambar Rafisqi Radhi
Zafri Aiman Jalmen menunjukkan lokasi sekumpulan PATI dilihat meniti atas batu penghadang ombak. - gambar Rafisqi Radhi

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Shahnaz Akhtar Haji ketika dihubungi memaklumkan, kesemua PATI yang ditahan terdiri daripada dua lelaki dan empat perempuan berumur antara 15 hingga 33 tahun.

"Kesemua mereka merupakan warganegara Myanmar dan dipercayai cuba masuk ke negara ini untuk mencari pekerjaan.

"Siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963," katanya. - Getaran, 28 Januari 2024

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka