web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penduduk Tingkat 16 Flat Sri Sabah Kosongkan Rumah, Bimbang Keselamatan

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2024 8:09PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penghuni tingkat 16 yang terletak di bawah lima unit rumah terbakar di tingkat 17, Blok 70, Flat Sri Sabah, bertindak mengosongkan rumah mereka buat sementara kerana bimbang struktur rumah terjejas ekoran kejadian kebakaran malam tadi.

Seorang penduduk, M. Kaausalya, 37, berkata, walaupun rumahnya tidak rosak, namun bau asap yang terlalu kuat, selain tiada bekalan air dan elektrik, menyebabkan dia bersama ibunya, 63 tahun mengambil keputusan untuk menumpang sementara di rumah saudara di Cheras.

"Semasa kejadian saya bersama ibu baru sahaja selesai makan malam dan sedang berehat menonton televisyen, tiba-tiba ada jiran mengetuk pintu semua rumah di aras 16 memaklumkan rumah yang terletak di tingkat atas sedang terbakar," katanya ketika ditemui BERNAMA di sini, hari ini.

Dia yang terkejut dengan perkara itu segera membawa ibunya keluar dan sempat mencapai telefon bimbit dan dompet sebelum bergegas ke arah lif untuk turun ke lobi.

Kaausalya bagaimanapun bersyukur kerana walaupun dalam keadaan kelam-kabut, semua penduduk memberikan kerjasama dan membenarkan orang kurang upaya, uzur atau keluarga bersama bayi terlebih dahulu menggunakan kemudahan lif, manakala mereka yang muda turun menggunakan tangga.

"Semasa menunggu lif itu, saya boleh nampak dengan jelas api marak dari balkoni atas dan hingga sekarang, saya boleh rasa bumbung rumah saya panas, selain bau asap yang 'melekat' di sofa dan langsir rumah," katanya.

Sementara itu, seorang lagi penghuni tingkat 16, A. Steven, 42, berkata, kebakaran itu menyebabkan saluran paip di rumahnya cair dan bocor, selain turut mengakibatkan bahagian siling rumahnya rosak.

Dia yang bekerja sebagai pengurus bangunan mendakwa setakat ini tiada arahan perpindahan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa menyebabkan mereka tidak pasti bila boleh kembali ke kediaman masing-masing.

"Saya minta kerajaan bantu kami yang terkesan dengan cepat kerana masing-masing mempunyai urusan dan cuti Tahun Baharu Cina juga hampir berakhir," katanya yang sudah lebih 30 tahun menetap di flat berkenaan.

Beliau tinggal bersama lima lagi ahli keluarga di kediaman tersebut, kini menumpang sementara di rumah ibu saudaranya di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, kerana bimbang keselamatan mereka. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Mayat Lelaki Ditemukan Dengan Kesan Terbakar 

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Rumah Timbalan Menteri Sarawak Musnah Terbakar

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Gudang Sisa Bahan Kimia Terbakar: Pusat Kualiti Alam, JAS Pantau Pencemaran Udara, Air

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Gudang Sisa Bahan Kimia Di Bukit Pelanduk Musnah Dalam Kebakaran - Bomba

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia