web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


37 Jemaah Dikompaun Langgar SOP

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 Jun 2021 5:33PM

Antara jemaah yang dikenakan kompaun kerana melanggar SOP termasuk tidak memakai pelitup muka dan menunaikan solat jemaah di sebuah surau di Pasir Mas.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS - Seramai 37 jemaah dikompaun atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan menunaikan solat berjemaah di sebuah masjid dan surau di Mukim Chetok, Tok Uban, di sini, kelmarin.

Kesemua jemaah berkenaan berusia antara 20 hingga 70 tahun.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, jemaah berkenaan dikompaun pada jam 9 malam kelmarin.

Katanya, sebanyak 28 saman dikeluarkan pada jemaah di masjid, manakala sembilan lagi diberikan kepada jemaah di surau pada hari yang sama.

“Mereka dikenakan kompaun atas kesalahan tidak memakai pelitup muka selain menunaikan solat Isyak secara berjemaah walaupun ia tidak dibenarkan sepanjang PKP ini.

“Mereka melanggar SOP kerana tiada penjarakan fizikal yang bukan sahaja membahayakan, malah berisiko mendatangkan penularan wabak COVID-19,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beliau berkata, masyarakat sepatutnya mematuhi arahan kerajaan demi keselamatan semua, sekali gus membendung peningkatan kes COVID-19 di negeri itu.

Mengulas lanjut Mohd Nasaruddin berkata, terdapat jemaah yang terdiri daripada kanak-kanak berusia antara lima hingga 10 tahun, tetapi mereka hanya diberi nasihat dan dikecualikan daripada kompaun atas faktor umur.

“Kami akan membuat pemantauan untuk mengenal pasti mana-mana kumpulan atau individu yang melanggar SOP.

“Pihak kita meminta kerjasama masyarakat untuk melaporkan kepada polis jika ada pelanggaran SOP di kawasan mereka. Kami tidak akan berkompromi ke atas mana-mana pihak yang melakukan kesalahan terutama di sepanjang pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (SPP) yang bermula hari ini,” katanya. - Getaran, 1 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anggota Trafik Patah Paha Terlibat Nahas Ketika Bertugas

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Luluskan RM5 Juta Untuk Pembenihan Awan Di Kelantan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia