web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rayuan Najib Berhubung Penolakan Untuk Gugurkan Sri Ram Didengar 8 September

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2021 5:44PM

Datuk Seri Gopal Sri Ram - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes meminda laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan bekas perdana menteri itu, akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 8 September ini.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam ketika dihubungi berkata tarikh pendengaran itu ditetapkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Nadia Mohd Kamal semasa pengurusan kes secara dalam talian hari ini yang turut disertai peguam Nur Syahirah Hanapiah, mewakili Najib.

“Mahkamah juga mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan masing-masing pada 24 Ogos ini,” kata Mohamad Mustaffa.

Pada 15 Februari lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Najib untuk menggugurkan Sri Ram yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes laporan audit itu.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan ketika membuat keputusan itu berkata dakwaan Najib bahawa Sri Ram terlibat dalam siasatan terhadapnya tidak mempunyai merit.

Mohamed Zaini berkata dakwaan bekas perdana menteri itu bahawa terdapat komunikasi antara bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Sri Ram sebagai bukti sikap berat sebelah Sri Ram terhadapnya adalah tidak berasas.

Najib, 67, dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy, 45, sedang dibicarakan atas pertuduhan meminda laporan audit 1MDB.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan agar pindaan dibuat ke atas laporan akhir 1MDB sebelum ia dibentang kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi mengelak tindakan diambil terhadap beliau.

Arul Kanda didakwa bersubahat dengan Najib untuk melakukan pindaan tersebut dalam usaha melindungi Najib daripada diambil tindakan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 bulan yang lalu

Chef Wan Diarah Bayar RM150,000 Kerana Fitnah Bekas Menantu

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Pendakwaan Kemukakan 2 Naratif Berbeza Dalam Perbicaraan Kes - Hakim

3

Semasa 7 bulan yang lalu

1MDB: Dokumen Perbankan Tidak Diserah Kepada Pembelaan Kerana Tidak Relevan - Saksi

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Kelucahan Melampau: Bekas Mudir Madrasah Kekal Jalani Hukuman Penjara 13 Bulan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia