web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


5 Penghantar Makanan Didakwa Bunuh Lelaki Di Kawasan Perumahan Di Semenyih

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2024 1:19PM

Lima lelaki yang tular di media sosial akibat memukul seorang lelaki sehingga maut susulan kemalangan di sebuah kawasan perumahan di Semenyih didakwa atas tuduhan membunuh di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGI - Lima penghantar makanan didakwa di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki yang keretanya terbabas dan melanggar pagar kawasan perumahan di Semenyih minggu lalu.

Mohd Yuree Ranoff Mohd Bachuri, 41, Azharul Azuan Mohd Azan, 34, Tengku Izham Tengku Hamid, 22, Mahazir Nordin, 43, dan Syamsul Qamar Ayob, 40, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurdiyanah Mohd Nawawi, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah menetapkan 25 April untuk sebutan kes bagi serahan laporan kimia, forensik dan bedah siasat.

Kelima-lima tertuduh didakwa bersama-sama membunuh Shahril Samad, 41, di Jalan TPS 2/3, Taman Pelangi Semenyih 2, Beranang di sini pada jam 9.54 malam, 20 Februari lalu, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Liyana Mohd Sulaiman, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Mohd Hafız.

Sementara itu, abang mangsa Shah Rizad Samad, 43, ketika ditemui pemberita berharap supaya hukuman setimpal diberikan kepada tertuduh, selain berharap keadilan dapat diberikan.

"Kami tak harap banyak cuma apa yang terjadi dapat diselesaikan dengan segera. Moga hukuman yang setimpal diberi kepada mereka (tertuduh)," kata Shah Rizad yang hadir pada prosiding hari ini bersama adiknya, Shazuan, 27.

Pada 21 Februari lalu, BERNAMA melaporkan mangsa yang memandu kereta jenis Proton Saga telah terbabas dan melanggar pagar kawasan perumahan berkenaan sebelum ditarik oleh sekumpulan lelaki dan dipukul, selain turut diikat dan dibiarkan terbaring di atas jalan raya berhampiran keretanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 bulan yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Sila Padam, Jangan Sebar Video Lelaki Dibelasah Di Semenyih - MCMC

3

Video & Galeri 10 bulan yang lalu

Jalan Sungai Lalang, Semenyih Guna Cat 'Glow In The Dark' 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Anwar Solat Jumaat Di Semenyih, Kehadiran Disambut Meriah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 14 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 22 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 49 minit yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini