web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Anwar Solat Jumaat Di Semenyih, Kehadiran Disambut Meriah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Jun 2023 3:45PM

Anwar beramah mesra bersama jemaah masjid selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Raja Muda Musa Semenyih hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seperti kebiasaan dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan menunaikan solat Jumaat di kawasan berbeza, minggu ini menyaksikan beliau ke Masjid Raja Muda Musa, Pekan Semenyih, Selangor.

Mengenakan baju Melayu berwarna hijau muda siap bersamping kain pelekat, Anwar terlebih dahulu beramah mesra bersama jemaah masjid itu.

Kehadiran Perdana Menteri disambut meriah dengan penduduk tidak melepaskan peluang bersalam dan merakamkan ‘selfie’ bersama pemimpin nombor satu negara berkenaan.

Beliau sebelum itu menjamu selera di Warung Belado Kak Ani di Jalan Sungai Lalang di kawasan berkenaan, dengan menikmati masakan kampung, antaranya ikan keli goreng berlado. ayam masak merah dan kuih-muih.

Perdana Menteri ditemani Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan, penduduk kampung dan sekumpulan pelajar tahfiz.

Sejak dilantik ke jawatan itu tahun lalu, Anwar menjadikan solat Jumaat bersama rakyat sebagai amalan mingguan dengan memilih lokasi berbeza.

Malah, beliau akan tiba lebih awal untuk menikmati makan tengah hari bersama penduduk di gerai berhampiran kawasan masjid, sebagai inisiatif mendekati rakyat. – Getaran, 2 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global