web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sabah Tarik Semula Had Operasi Media Sepanjang Total Lockdown

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Jun 2021 6:15PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Kerajaan negeri memberi kelulusan penuh untuk semua pengamal media beroperasi seperti biasa, sepanjang perlaksanaan Sekatan Penuh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) bermula semalam sehingga 14 Jun ini.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah Datuk Masidi Manjun berkata, kebenaran itu diputuskan selepas mengambil kira peranan media dalam membantu kerajaan menyampaikan informasi sahih kepada orang ramai, khususnya berkaitan dasar dan pandemik.

“Menyedari hakikat ini, kerajaan negeri memberi kelulusan sepenuhnya kepada semua agensi media untuk beroperasi dari semasa ke semasa mengikut keperluan masing-masing.

“Bagaimanapun, mereka perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya, semalam.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, hanya empat daripada 27 daerah di negeri ini berada dalam zon hijau berbanding enam, minggu lalu.

Menurut Masidi, empat daerah berkenaan adalah Tongod, Tambunan, Beluran dan Telupid yang tidak merekodkan sebarang kes positif COVID-19.

“Sebanyak 15 daerah lagi dikategorikan sebagai zon merah, jingga (dua) dan kuning (enam).

“Sejumlah 318 kes positif COVID-19 direkodkan hari ini (semalam) dengan satu kematian di Tuaran,” katanya.

Beliau menarik perhatian, empat lokaliti diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) berkuat kuasa 3 Jun hingga 16 Jun depan.

“Tiga daripadanya terletak di Kota Belud iaitu Taman Nikmat, Kampung Pirasan dan Kampung Dundau, manakala satu lagi di Kampung Simpangan, Tuaran,” katanya. - Getaran, 2 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia