web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Malik Nafi Terlibat Dengan Raja Dadah India, Sudah Buat Laporan Polis

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Mar 2024 8:56AM

Abdul Malik dalam hantaran video kepada Getaran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan terkemuka tempatan menafikan dirinya adalah individu yang dikaitkan dengan Raja Dadah India, Jaffer Sadiq.

Datuk Abdul Malik Dasthigeer berkata, tohmahan itu adalah satu fitnah yang cuba menjatuhkan nama baik dan reputasinya di India.

Menurut beliau, semua kenyataan dibuat seorang wartawan kanan agensi berita Savukku Media, A Shankar itu amat tidak berasas dan berniat jahat.

“Saya tidak mempunyai apa juga kaitan, tidak pernah berjumpa atau bercakap dengan Jaffer Sadiq.

“Saya hanyalah seorang ahli perniagaan di India dan ada pihak tertentu yang mahu merosakkan nama saya termasuk dalam industri perfileman,” katanya menerusi hantaran video kepada Getaran.

Susulan tohmahan jelas Abdul Malik, satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, kelmarin.

“Salinan laporan polis itu juga telah saya serahkan ke Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya.

Abdul Malik turut melahirkan harapan agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera dan menyiasat perkara tersebut secara terperinci.

“Saya juga telah mengarahkan peguam saya di Malaysia dan India untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas semua media atau mana-mana pihak yang masih berkongsi dan menyebarkan kenyataan palsu mengenai kaitan antara saya dan Jaffer Sadiq,” tegasnya. 

Sementara itu BERNAMA melaporkan, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan polis berkenaan.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Khaw Kok Chin berkata, tiada maklumat diterima berhubung pembabitan rakyat Malaysia dalam jenayah tersebut.

Menurut beliau, beberapa portal sebelum ini melaporkan bahawa Jaffer Sadiq yang ditahan memiliki kaitan dengan aktiviti penyeludupan dadah antarabangsa, termasuk di Malaysia.

“Semua portal berkenaan juga mendakwa jenayah terbabit diketuai rakyat Malaysia yang terlibat dalam industri perfileman Tamil,” katanya.

Jelas Kok Chin, risikan JSJN mendapati Jaffer Sadiq tidak terlibat dengan mana-mana warganegara Malaysia dalam aktiviti pengedaran dadah di Malaysia.

Sebelum ini, Malaysiakini yang memetik kenyataan media tempatan India melaporkan, ketua kepada Raja Dadah India ialah seorang rakyat Malaysia yang mempunyai hubungan rapat dengan industri perfileman Tamil.

Ia susulan wawancara bersama wartawan kanan dan pemilik agensi berita Savukku, yang disiarkan di YouTube.

Wartawan itu yang dikenali sebagai A Shankar berkata, Lembaga Kawalan Narkotik (NCB) India menerusi kenyataan Sabtu lalu memaklumkan, penyeludupan dadah berkenaan turut melibatkan Malaysia, New Zealand dan Australia.

“Ketua kepada Jaffer berada di Malaysia dan sangat berpengaruh dalam industri filem di India.

“Dia yang mengawal Jaffer dan mempunyai hubungan rapat dengan banyak selebriti industri filem Tamil. Jika dia ditahan saya pasti, banyak pemain dari industri filem Tamil akan terlibat," katanya dalam wawancara itu. - Getaran, 14 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Sekali Lagi Difitnah Ada Kaitan Dengan Raja Dadah India, Abdul Malik Buat Laporan Polis

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Dengan Jaffer Sadiq - JSJN

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 minit yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan