web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Dengan Jaffer Sadiq - JSJN

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2024 8:30PM

Penahanan Jaffer Sadiq menerima liputan meluas media India - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menafikan dakwaan kononnya ada rakyat tempatan terlibat dalam sindiket penyeludupan dadah antarabangsa, susulan penahanan seorang penerbit filem Tamil di India.

Menegaskan perkara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Khaw Kok Chin berkata, tiada maklumat diterima berhubung pembabitan rakyat Malaysia dalam jenayah tersebut.

Menurut beliau, beberapa portal sebelum ini melaporkan bahawa Jaffer Sadiq yang ditahan memiliki kaitan dengan aktiviti penyeludupan dadah antarabangsa, termasuk di Malaysia.

“Semua portal berkenaan juga mendakwa jenayah terbabit diketuai rakyat Malaysia yang terlibat dalam industri perfileman Tamil,” katanya hari ini.

Jelas Kok Chin, risikan JSJN mendapati Jaffer Sadiq tidak terlibat dengan mana-mana warganegara Malaysia dalam aktiviti pengedaran dadah di Malaysia.

“JSJN bagaimanapun tetap menjalankan risikan lanjut berkaitan perkara ini, bagi mengekang aktiviti pengedaran dadah di Malaysia,” tegasnya.

Semalam, Malaysiakini yang memetik kenyataan media tempatan India melaporkan, ketua kepada Raja Dadah India ialah seorang rakyat Malaysia yang mempunyai hubungan rapat dengan industri perfileman Tamil.

Ia susulan wawancara bersama wartawan kanan dan pemilik agensi berita Savukku, yang disiarkan di YouTube.

Wartawan itu yang dikenali sebagai A Shankar berkata, Lembaga Kawalan Narkotik (NCB) India menerusi kenyataan Sabtu lalu memaklumkan, penyeludupan dadah berkenaan turut melibatkan Malaysia, New Zealand dan Australiq.

“Ketua kepada Jaffer berada di Malaysia dan sangat berpengaruh dalam industri filem di India.

“Dia yang mengawal Jaffer dan mempunyai hubungan rapat dengan banyak selebriti industri filem Tamil. Jika dia ditahan saya pasti, banyak pemain dari industri filem Tamil akan terlibat," katanya dalam wawancara itu. - Getaran,12 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Malik Nafi Terlibat Dengan Raja Dadah India, Sudah Buat Laporan Polis

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Serbu Makmal Proses Dadah, Suami Isteri Ditahan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Ayob Khan Pengarah Baharu JSJ Mulai 16 April

4

Semasa 2 tahun yang lalu

1.3 Tan Ganja Dirampas, 4 Lelaki Tempatan Ditahan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 minit yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad