web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Lihat Adik Terbakar Depan Mata Detik Hitam Buat Saya’ - Abang

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2024 4:38PM

Bas dipandu mangsa musnah terbakar selepas terbabit dalam nahas bersama sebuah treler - gambar Bomba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Pengalaman menyaksikan adik sendiri terbakar di depan mata dalam kemalangan di Kilometer 75.2 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara pagi tadi kekal sebagai detik hitam dalam diri M. Manivannan, 50, buat selama-lamanya.

Adiknya, M. Jayakumar, 48, rentung selepas bas ekspres dipandunya terbabit dalam nahas bersama sebuah treler.

M Manivannan menunjukkan wajah adiknya yang maut dalam nahas ngeri awal pagi tadi - gambar Rafisqi Radhi
M Manivannan menunjukkan wajah adiknya yang maut dalam nahas ngeri awal pagi tadi - gambar Rafisqi Radhi

Manivannan yang memandu bas berkenaan secara bergilir dengan mendiang adiknya memberitahu, dia sudah melakukan segala yang terdaya untuk membantu menyelamatkan mangsa namun tetap tidak berjaya.

Pada akhirnya jelas lelaki itu, dia hanya mampu menangis sambil menjeritkan nama Jayakumar ketika bas tersebut musnah dimamah api.

"Kami bertolak dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Kuala Lumpur dengan membawa empat penumpang menuju ke Hatyai, Thailand kira-kira jam 9.30 malam tadi. Pada mulanya saya yang memandu sebelum adik mengambil alih kira-kira jam 2.30 pagi ketika kami singgah di Alor Pongsu, Perak.

"Selepas itu saya tidur di bahagian belakang bas. Namun saya kemudiannya dikejutkan dengan bunyi kuat sebelum ternampak kepulan asap. Melihat keadaan itu, saya berlari ke depan dan cuba mengeluarkan Jayakumar dari tempat duduk pemandu tetapi gagal kerana dia tersepit," katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Sultamah Bahiyah hari ini.

Keluarga mendiang M Jayakumar berkumpul di Unit Forensik sebaik sahaja dimaklumkan mengenai nahas - gambar Rafisqi Radhi
Keluarga mendiang M Jayakumar berkumpul di Unit Forensik sebaik sahaja dimaklumkan mengenai nahas - gambar Rafisqi Radhi

Berikutan api yang kian marak, Manivannan kemudiannya berlari membuka pintu kecemasan di belakang bas bagi membolehkan semua penumpang menyelamatkan diri.

"Saya bersama pemandu kenderaan lain kemudiannya cuba berkali-kali membantu menyelamatkan adik. Sambil menjerit-jerit namanya, saya turut mendengar hembusan nafas Jayakumar yang menandakan dia masih hidup.

"Pelbagai cara kami lakukan termasuk menggunakan alat pemadam api selain cuba mengumpil cermin pemandu namun semua itu gagal membantu menyelamatkan Jayakumar," katanya.

Tambah Manivannan, mendiang Jayakumar baru tiga bulan bekerja dengan syarikat tersebut dan hubungan mereka berdua sememangnya amat rapat.

"Dia merupakan anak kelima dari 11 beradik manakala saya pula anak keempat. Perbezaan umur yang tidak jauh menyebabkan hubungan kami cukup rapat.

"Kejadian itu masih terngiang-ngiang dalam fikiran saya. Saya menangis sambil beberapa kali merintih namanya apabila melihat dia terbakar di depan mata," katanya, sebak.

Ekoran kejadian itu, Manivannan mengalami luka di jari telunjuk, betis kanan serta dada dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Pendang.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kedua-dua kenderaan itu dipercayai datang dari arah sama menuju ke utara.

"Siasatan awal mendapati bas dipandu mangsa pada mulanya terlanggar bahagian belakang treler yang dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun. 

"Berikutan itu, bas tersebut terbabas sebelum melanggar besi pembahagi jalan sebelah kiri dan terbakar. Pemandu bas dipercayai tersepit di tempat duduk, menyebabkan dia  gagal menyelamatkan diri," katanya. - Getaran 17 Mac 2024.

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

2

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

4

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka