web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Suspek Samun Maut Dilanggar Mangsa

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2024 9:13PM

Kereta mangsa yang tersadai selepas merempuh tiang lampu serta mayat seorang daripada suspek yang mahu menyamun mangsa. - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KEDAH - Seorang penjenayah maut apabila motosikal dinaikinya dilanggar dengan kereta oleh individu yang cuba disamun, dekat sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.39 pagi, ketika mangsa memandu keretanya di depan sebuah farmasi dekat sini.

"Pemandu kereta itu kemudiannya cuba disamun tiga lelaki yang menaiki dua motosikal.

“Seorang daripada suspek turut memukul cermin depan kereta mangsa menggunakan sebatang objek hingga pecah.

"Akibat ketakutan, pengadu terus memecut keretanya. Semasa cuba melepaskan diri, mangsa telah melanggar motosikal suspek yang cuba menghalang di depan keretanya,” dalam satu kenyataan di sini hari ini.

ANggota Unit Forensik di lokasi. - gambar Rafisqi Radhi
ANggota Unit Forensik di lokasi. - gambar Rafisqi Radhi

Ahmad Shukri berkata, akibat tindakan pengadu, seorang daripada suspek meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua rakannya melarikan diri.

Beliau berkata, suspek yang meninggal dunia disahkan berusia 29 tahun.

"Ketika ini usaha untuk mengesan saksi dan suspek yang melarikan diri giat dijalankan.

"Dua kertas siasatan dibuka serentak iaitu Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap pemandu kereta tersebut dan Seksyen 393 Kanun Keseksaan terhadap dua suspek yang masih bebas," katanya. -Getaran, 19 Mac 2024.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki