web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tourism Malaysia Yakin Sasaran 5 Juta Pelancong Dari China Dapat Dicapai

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 Apr 2024 1:18PM

Penumpang penerbangan Sichuan Airlines ceria sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dari Chengdu, China hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Tourism Malaysia yakin sasaran lebih lima juta pelancong dari China tahun ini dapat dicapai dengan disokong oleh kekerapan penerbangan ke negara ini.

Ketua Pengarahnya, P. Manoharan berkata, tahun lalu Malaysia menerima sejumlah 1.47 juta pelancong dari negara Tembok Besar itu.

"Kami positif dapat lebih lima juta (pelancong dari China) kerana kekerapan penerbangan yang ada sekarang lebih daripada 247 penerbangan seminggu dan berdasarkan kapasiti tempat duduk yang ada sekarang hampir 4.9 jutan dari China ke Kuala Lumpur.

"... banyak lagi kekerapan penerbangan akan bertambah dan laluan baharu juga. Jadi, kita positif akan menerima lebih lima juta pelancong dari China tahun ini," katanya kepada media selepas majlis mengalu-alukan laluan antarabangsa baharu Sichuan Airlines dan China Southern Airlines ke Kuala Lumpur di sini, malam tadi.

Pesawat Sichuan Airlines dari Chengdu dan China Southern Airlines dari Shenzhen mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 masing-masing pada jam 10 malam dan 12.30 tengah malam tadi.

Manoharan berkata, selain Kuala Lumpur, syarikat-syarikat penerbangan dari China juga menunjukkan minat untuk mengadakan penerbangan terus ke bandar-bandar utama di Malaysia seperti Pulau Pinang, Johor Bahru, dan Kuching.

"Sichuan Airlines telah buat rancangan untuk mengadakan penerbangan (dari China) ke Kuching. Ada banyak dalam perancangan.

"Kami mengalu-alukan syarikat-syarikat penerbangan dari China untuk mengadakan penerbangan terus ke Kuala Lumpur, di samping penerbangan sewa khas.

"Ini juga adalah selari dengan matlamat kementerian untuk memperbanyakkan lagi penerbangan terus sempena Tahun Melawat Malaysia 2026," katanya.

Beliau berkata, Tourism Malaysia akan bekerjasama dengan syarikat-syarikat penerbangan dan pengusaha pelancongan di Malaysia dan China untuk menambah kekerapan penerbangan ke negara ini.

Terdahulu, media melaporkan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) menyasarkan jumlah ketibaan kira-kira 27.3 juta pelancong pada tahun ini dengan pendapatan pelancongan berjumlah RM102.7 bilion. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Warga China Maut, 19 Selamat Bas Persiaran Terbalik Di Genting Highlands

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Berkenan Terima Menghadap PM China Li Qiang

3

Semasa 3 bulan yang lalu

China Sedia Kerjasama Dengan Malaysia, Bina Komuniti China-Malaysia - Li Qiang

4

Sukan 4 bulan yang lalu

Tuan Rumah China Bertemu Indonesia Pada Final Piala Uber

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 16 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'