web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dakwaan Tiada Tilawah Al-Quran Tidak Berasas, Pahang Tuan Rumah Tahun Ini - Dr Zulkifli

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Apr 2024 4:19PM

Tuduhan kononnya Tilawah Al-Quran tidak diadakan tahun ini sudah tersebar luas di media sosial - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dakwaan bahawa Tilawah Al-Quran tidak dianjurkan tahun ini adalah satu tuduhan yang sama sekali tidak berasas.

Menafikan dakwaan itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menetapkan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 23 hingga 28 Mei depan di Kuantan, Pahang.

Menurut beliau, Majlis Tilawah Al-Quran dan Hafazan Peringkat Antarabangsa pula akan diadakan pada 5 hingga 12 Oktober nanti.

“Hari ini saya menerima beberapa tangkap layar yang mendakwa kononnya pertandingan tilawah Al-Quran tidak dianjurkan pada tahun ini.

“Saya tegaskan bahawa kenyataan ini adalah sama sekali tidak benar,” katanya menerusi ciapan di X.

Jelas beliau, orang ramai dinasihatkan untuk terlebih dahulu menyemak fakta sesuatu maklumat diterima, sebelum ia disebarkan.

“Ini selaras dengan firman Allah dalam Surah Al-Hujurat, ‘Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya.

“Bersempena dengan 10 malam terakhir bulan Ramadan ini, marilah sama-sama kita meningkatkan amal ibadah kita dan meninggalkan perkara yang sia-sia. Wallahua'lam,” katanya.

Dakwaan kononnya Kerajaan Perpaduan tidak lagi menganjurkan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran tetapi hanya memberi laluan kepada konsert tersebar luas di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Ia membuatkan jentera kerajaan, khususnya JAKIM dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dikecam hebat, kerana didakwa hanya mengikut telunjuk pemimpin atasan. - Getaran, 3 April 2024

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 3 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula