web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Akui Logo Boleh Disalah Tafsir, Pengurusan Vern’s Holding Mohon Maaf

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2024 8:36PM

Penjelasan sebenar mengenai logo di tapak kasut yang mencetuskan kontroversi kerana didakwa menyerupai kalimah Allah - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Logo di tapak kasut jenama Vern’s yang seakan kalimah Allah sebenarnya adalah bayangan sepatu bertumit tinggi.

Pengurusan Vern’s Holding Sdn Bhd menerusi hantaran di Facebook memberitahu, logo berkenaan mengambil inspirasi daripada garisan tali yang bersambung dengan kasut tumit tinggi.

Menurut jurucakap syarikat terbabit, pihaknya sama sekali tidak berniat untuk menyinggung sensitiviti umat Islam ketika menghasilkan rekaan berkenaan.

“Kami pihak pengurusan Vern's telah dimaklumkan mengenai satu isu yang telah menyinggung ramai pihak terutama yang beragama Islam.

“Pertama sekali, ingin dijelaskan bahawa pihak kami sama sekali tidak berniat untuk menghasilkan reka bentuk logo yang bertujuan untuk memperlekeh atau menghina  mana-mana agama atau kepercayaan,” katanya.

Jelas jurucakap itu, Vern’s Holding mengakui terdapat kekurangan pada rekaan logo tersebut yang boleh mengakibatkan ia disalah tafsir, seterusnya menyinggung perasaan ramai pihak. 

“Pihak kami telah mengambil langkah segera menghentikan jualan (kasut berkenaan) dan bersedia untuk memulangkan kembali wang kepada pelanggan yang telah membeli barangan tersebut. 

“Dengan rasa rendah diri, kami pihak pengurusan ingin memohon kemaafan semua dan mengharapkan belas ihsan untuk diberikan ruang memperbaiki kesilapan yang telah berlaku,” katanya.

Akuinya, insiden terbabit adalah pengajaran yang sangat bernilai dan akan dijadikan panduan untuk mereka memperhalusi setiap keputusan yang diambil, bagi memastikan perkara seperti itu tidak berulang lagi di masa hadapan.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) telah diarah memanggil pihak berkaitan untuk mendapatkan penjelasan berhubung insiden tersebut.

Tegasnya, kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya jelas mereka membuat tindakan yang menghina agama Islam. - Getaran, 7 April 2024

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 3 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula