web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sebutan Semula Kes Pemandu Lori Tolak Kekasih Diawal Ke 19 April - Peguam

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 Apr 2024 9:07AM

V Nanthan ketika dibawa ke mahkamah buat kali pertama selepas didakwa menolak kekasihnya dari tingkat 23 sebuah kondominium - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sebutan semula kes pemandu lori yang didakwa menolak kekasihnya dari tingkat 23 sebuah kondominium ditetapkan pada 19 April nanti.

Peguam tertuduh, Sivahnanthan Ragava berkata, keputusan itu ditetapkan Mahkamah Majistret Shah Alam.

Menurut beliau, kes melibatkan anak guamnya, V Nanthan akan didengar di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Razali pada jam 9 pagi.

“Sepatutnya pendengaran kes ialah pada 7 Jun, tetapi kerana ada perkembangan baharu, tarikhnya diawalkan kepada 19 April,” katanya ketika dihubungi Getaran.

V Nanthan didakwa membunuh kekasihnya yang juga rakyat Thailand, Mawika Lumyai dengan menolak mangsa dari tingkat 23 sebuah kondominium.

Kejadian tersebut berlaku pada jam 10.02 malam, 28 Februari lalu di Seksyen U13, Setia Alam.

Rakaman video yang memaparkan mangsa melayang jatuh turut tular di media sosial.

Untuk kesalahan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum mati atau dipenjara sehingga 40 tahun dan dikenakan sekurang-kurangnya 12 sebatan.

Nanthan ketika dihadapkan ke mahkamah buat kali pertama tidak dicadangkan untuk diikat jamin oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Farah Sofea Norazman.

Majistret Sasha Diana Sabtu kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 7 Jun untuk sebutan semula kes. - Getaran, 9 April 2024

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 3 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula