web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemimpin Jangan Ekstrim Berikan Pandangan - Agong

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2024 4:56PM

Sultan Ibrahim berkenan bergambar bersama pemimpin kanan UMNO dan DAP yang menghadap baginda hari ini - gambar Istana Negara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua pemimpin parti politik tidak seharusnya bersikap ekstrim dalam memberikan pandangan, khususnya bagi isu yang melibatkan agama dan perkauman.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, semua pihak harus memberi tumpuan untuk mengajak rakyat ke arah perpaduan.

Titah baginda, perpecahan tidak boleh dibiarkan berlaku di negara ini.

“Saya ingin melihat rakyat bersatu padu dengan harmoni. Saya berharap pemimpin politik tidak ekstrim dalam memberikan pandangan tentang isu-isu agama dan perkauman,” titah baginda.

Yang di-Pertuan Agong mengingatkan, perkara itu tidak hanya terbatas kepada UMNO dan DAP sahaja, tetapi turut meliputi semua parti.

“Pemimpin mesti menjadi jambatan atau penghubung antara rakyat majmuk negara kita dengan contoh perilaku yang matang.

“Kejadian baru-baru ini sepatutnya membuka mata semua pihak bahawa semua lapisan rakyat mempunyai tanggungjawab menjaga perpaduan negara,” titah baginda.

Sultan Ibrahim menyampaikan amanat kepada pemimpin kanan UMNO dan DAP yang menghadap baginda hari ini - gambar Istana Negara
Sultan Ibrahim menyampaikan amanat kepada pemimpin kanan UMNO dan DAP yang menghadap baginda hari ini - gambar Istana Negara

Sultan Ibrahim bertitah, perpaduan yang jitu dalam kalangan rakyat akan menjadi pemangkin kepada kesejahteraan sejagat Malaysia. 

“Menjelang Hari Raya yang mulia ini, bermaaf-maafanlah antara satu sama lain dan buka lembaran baharu,” titah Seri Paduka Baginda.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap pemimpin kanan UMNO dan DAP di Istana Negara.

Hadir menghadap baginda ialah Timbalan Presiden UMNO yang juga Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka merangkap Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusof.

Timbalan Setiausaha Agung DAP, Liew Chin Tong merangkap Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh. 

Sesi menghadap bersama Seri Paduka Baginda itu bertumpu kepada perkembangan semasa berkaitan isu-isu sensitiviti agama dan kaum. - Getaran, 9 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Basikal Raleigh Chopper Agong Antara Tarikan Pameran Raja Kita

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Pertabalan Sultan Ibrahim Hampir Lengkapkan Pusingan Kedua Penggiliran Yang Di-Pertuan Agong

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Upacara Ketenteraan Pelengkap Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan