web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Lupakan Palestin Walau Gembira Meraikan Syawal - TPM

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2024 2:08PM

Ahmad Zahid Hamidi dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kedatangan Syawal  tidak seharusnya membuatkan umat Islam khususnya di negara ini melupakan penderitaan ditanggung rakyat Palestin.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, doa untuk Palestin jangan dilupa meskipun sedang bergembira meraikan Aidilfitri.

“Dalam menyambut hari kemenangan kita dalam kegembiraan, mari kita titipkan doa buat saudara kita di Palestin. 

“Semoga Allah sentiasa melindungi mereka dan kurniakan mereka kekuatan dalam menghadapi ujian ini,” katanya.

Menurut beliau, kedatangan Aidilfitri harus dimanfaatkan bagi membina iltizam demi memperkukuh perpaduan dan kebersamaan sesama.

“Kita serikan dengan amalan kunjung-mengunjungi, bermaaf-maafan dan mendoakan di antara satu sama lain,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu menyeru orang ramai menjaga keselamatan diri dan mengamalkan pemanduan berhemah jika pulang ke kampung.

“Kepada yang akan bermusafir, pulanglah ke kampung halaman atau mengunjungi sanak-saudara dan sahabat handai, sentiasalah menjaga keselamatan diri dan amalkan pemanduan berhemah ketika musim perayaan ini,” katanya.

Beliau berkata, Aidilfitri ialah masa untuk untuk seluruh rakyat mengekalkan semangat perpaduan tanpa mengira agama dan bangsa. 

“Selesai sudah menjalani ibadah puasa, kini tibanya 1 Syawal bagi seluruh umat Islam merayakan Hari Raya Aidilfitri - sebagai tanda kesyukuran setelah sebulan bermujahadah menahan diri dari lapar dari lapar dan dahaga, serta godaan hawa nafsu. 

“Sudah semestinya amalan kunjung-mengunjungi, bermaaf-maafan, mendoakan antara satu sama lain, serta merapatkan ukhuwah menjadi agenda utama setiap kali tibanya Aidilfitri,” katanya. - Getaran, 10 April 2024

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan