web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2024 5:05PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar ketika mengumumkan keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023, di Putrajaya, hari ini. gambar FB Dr Naim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Seramai 200 ulama nusantara dijangka menghadiri Persidangan Ulama Sedunia yang akan diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada 7 dan 8 Mei ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, persidangan yang dijadualkan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, menjangkakan kehadiran 1,500 peserta pada hari pertama yang berlangsung secara bersemuka.

"Hari kedua pula, akan diadakan persidangan ulama peringkat ASEAN yang akan dirasmikan oleh saya sendiri," katanya pada sidang media selepas mengumumkan keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023, di sini hari ini.

Mohd Na'im berharap persidangan itu diharap dapat menjadi platform kepada golongan agama dan ilmuwan untuk memainkan peranan dalam mewujudkan masyarakat yang aman, sejahtera dan harmoni.

"Kita harapkan agar pemimpin agama akan dapat main peranan untuk mengajak masyarakat ke arah kesatuan dan hidup dalam keadaan aman. Itu asasnya yang kita mahu," katanya.

Semalam, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, Jemaah Menteri telah meluluskan memorandum daripada Mohd Na'im berhubung penganjuran Persidangan Ulama Sedunia.

Persidangan itu yang kali pertama diadakan pada Julai 2022 di Subang Jaya, Selangor adalah kerjasama antara Muslim World League dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

GISB: Orang Ramai Ada Maklumat Perlu Adu Kepada JAKIM - Mohd Na'im

2

Semasa 7 bulan yang lalu

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Orang Ramai Diminta Henti Perbuatan Hina Agama Di Media Sosial - Mohd Naim

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Ajaran 'The Ahmadi' Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na'im

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Pukul Pemandu E-Hailing OKU, Pengawal Pengiring VIP Didenda RM1,000

Semasa 12 jam yang lalu

Tekanan Berterusan Perlu Diberi Kepada Israel, Laksana Gencatan Senjata Dengan Segera - PM

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 11 jam yang lalu

Banjir Sepanyol: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Wisma Putra