web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MKN, KPN Ucap Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2024 1:08PM

gambar FB MKN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri menyampaikan ucapan takziah kepada Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar atas pemergiannya awal pagi tadi.

Dalam kenyataan di Facebook, MKN berkata, Allahyarham Mohammed Hanif yang juga Ketua Polis Negara (KPN) Ke-4, pernah memegang jawatan-jawatan penting dalam lipatan sejarah negara. 

Antaranya, ahli Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang juga asas kepada penubuhan Majlis Keselamatan Negara pada 1969.  

gambar FB MKN
gambar FB MKN

Allahyarham bersara secara rasmi pada 16 Januari 1994.

"Semoga roh Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh. Al-Fatihah," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mewakili keluarga Sang Saka Biru turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohammed Hanif 

"Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh," katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini.

Razarudin berkata,  Allahyarham adalah memegang sebagai KPN Ke-4 selama 20 tahun bermula 1974 sebelum bersara pada Januari 1994.

gambar FB PDRM
gambar FB PDRM

Menerusi hantaran itu juga, beliau berkata Mohammed Hanif, 85, meninggal dunia akibat sakit buah pinggang dan anaknya, Abdul Rahmat Omar mengesahkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 2.15 pagi di kediamannya di Shah Alam, Selangor.

Jenazahnya akan dikebumikan di Makam Pahlawan selepas solat zuhur hari ini.

Dalam pada itu, anak Allahyarham, Kapten (B) Abdul Rahmat Omar Mohamed Hanif berkata, bapanya seorang yang tegas dan berdedikasi, selain amat mengutamakan keselamatan negara. 

Beliau yang ditemui di Makam Pahlawan berkata, Allahyarham pernah bertanya kepadanya dan adik-beradik yang lain sama ada beliau terlalu mengutamakan tugas sehingga mengabaikan masa bersama mereka.

“Kami anak-anak semua faham (tentang kerja ayah). 

“Walaupun dia ayah kami tapi dia merupakan hak rakyat Malaysia,” katanya.

Jenazah Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar ditempat di Dewan Solat Utama Masjid Negara sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan, Kuala Lumpur. gambar BERNAMA
Jenazah Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar ditempat di Dewan Solat Utama Masjid Negara sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan, Kuala Lumpur. gambar BERNAMA

Dilahirkan di Teluk Anson (kini dikenali Teluk Intan), Perak, Mohammed Hanif mendapat pendidikan awal di Sekolah Anglo- Chinese, kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).

Beliau kemudiannya meneruskan pengajian ke Universiti Malaya (UM) yang ketika itu bertempat di Singapura dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera pada 1959, seterusnya menyambung dalam bidang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Undang-undang dari University of Buckingham di London.

Kerjayanya sebagai anggota polis bermula sebagai Penolong Kadet Penguasa Polis pada 8 Jun 1959 sebelum dilantik sebagai Ketua Polis Melaka pada 7 September 1970 dan Ketua Polis Selangor pada 6 Disember 1971, seterusnya  Timbalan Ketua Polis Negara pada 1 Februari 1973.

Selepas bersara, Mohammed Hanif kemudiannya dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Memantapkan Pengurusan dan Operasi-operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari 2004-2005 dan penaung Yayasan Pengaman Malaysia serta Presiden Persatuan Diraja Asiatik Cawangan Malaysia (MBRAS).

Beliau turut memegang beberapa jawatan penting dalam sektor korporat antaranya Pengerusi Maxis Communication Berhad dan Timbalan Pengerusi Genting Berhad dan Resort World Berhad. - Getaran, 20 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

2

Selebriti 1 bulan yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

3

Semasa 1 bulan yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Siti Zaharah Sulaiman Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki