web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Peperiksaan SPM 2021 Dilaksanakan Pada 2022 - Radzi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2021 12:12PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan diadakan pada  tahun depan, demikian umum Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin hari ini.

Beliau berkata ujian lisan dan amali sains bagi SPM 2021 akan diadakan pada Februari 2022 manakala peperiksaan bertulis pada Mac 2022.

Radzi  berkata Kementerian Pendidikan (KPM) membuat keputusan itu setelah mengambil kira keadaan semasa dan cabaran yang perlu dilalui oleh calon SPM 2021.

“Pengalaman KPM mengurus SPM 2020 membolehkan kita menganjak tempoh atau tarikh peperiksaan 2021 ke 2022 dan yakin segala proses berkaitan dengan SPM 2021 akan berjalan lancar seperti yang dilaksanakan pada SPM 2020,” katanya pada sidang media secara maya mengenai pengoperasian sekolah.

Radzi berkata sesi PdPR dilaksanakan mengikut kesesuaian pelajar dan guru memandangkan para pendidik lebih mengetahui kebolehan dan keupayaan anak didik mereka

Menurutnya, KPM menerima keluhan mengenai manual PdPR 2.0 yang dikatakan mengandungi banyak subjek yang perlu diikuti pelajar, namun manual itu hanya sekadar panduan untuk membolehkan guru melihat keadaan yang paling optimum bagi membimbing pelajar mereka.

“Guru lebih tahu apa pendekatan sebaiknya, sebab itu tumpuan kita ialah mengenai kemenjadian murid secara keseluruhannya,” katanya.

Radzi berkata keberkesanan PdPR semakin meningkat jika dibandingkan dengan tahun lepas kerana ketika diperkenalkan ramai yang kekok.

Mengenai siaran DidikTV KPM, Radzi berkata rancangan itu akan terus disiarkan setiap hari selama 15 jam dengan kandungannya mengikut silibus mata pelajaran, manakala slot televisyen pendidikan juga diteruskan di TV Okey RTM selama dua jam dan di  Astro Tutor TV selama empat jam setiap hari.

Ditanya sama ada KPM akan membenarkan pelajar kelas peperiksaan untuk kembali ke sekolah terlebih dahulu, Radzi berkata: “Sekiranya KPM buat keputusan untuk murid kembali ke sekolah, ya, pelajar kelas peperiksaan akan pergi dahulu (diutamakan), tentang bila akan dimaklumkan kemudian.”

Sementara itu, bagi rayuan sekolah khusus, Radzi berkata semakan keputusan bagi Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Kolej Vokasional (KV), Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) boleh dibuat pada 8 Jun ini.

Pendaftaran dalam talian bermula pada 13 Jun bagi sekolah dalam Kumpulan A, manakala 14 Jun melibatkan Kumpulan B. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM

3

Pendidikan 5 bulan yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

4

Pendidikan 5 bulan yang lalu

3,038 Sekolah Kurang Murid Tahun Ini, Tiada Yang Ditutup - Wong

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia