web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemilihan Malaysia Untuk Makkah Route Bukti Pengiktirafan Arab Saudi - Menteri

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2024 9:06AM

Pemilihan Malaysia membuktikan pengiktirafan terhadap operasi haji oleh TH - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemilihan Malaysia sekali lagi dalam program Makkah Route tahun ini membuktikan keyakinan Arab Saudi terhadap pengurusan operasi haji oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, ia menandakan satu pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Menurut beliau, pemilihan itu juga mencerminkan disiplin jemaah haji negara berada pada tahap yang amat tinggi. 

“Pelaksanaan program ini yang telah memasuki tahun keenam akan mengukuhkan lagi hubungan Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Arab Saudi.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Mesaad Ibrahim Al Sulaim dan juga kepada Kerajaan Arab Saudi atas kepercayaan yang diberikan, kerana sekali lagi Malaysia dipilih bagi musim haji tahun ini untuk menyertai program Makkah Route,” katanya.

Dr Mohd Na’im Mokhtar - Gambar fail
Dr Mohd Na’im Mokhtar - Gambar fail

Jelas Mohd Na’im, turut dipilih bersama Malaysia ialah enam negara lain iaitu Indonesia, Maghribi, Pakistan, Bangladesh, Ivory Coast dan Turkiye.

“Sebagai makluman, Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang diberikan kepercayaan oleh Kerajaan Arab Saudi melaksanakan Makkah Route melalui program perintisnya pada tahun 2017. 

“la kemudian diteruskan dengan program penuh pada tahun 2018, 2019, 2022 dan 2023,” katanya.

Beliau memberitahu, pelaksanaan Makkah Route telah banyak membantu mempermudahkan urusan jemaah haji negara.

“Melalui penerbangan selama lapan jam ini, mereka tidak lagi perlu menunggu lama setibanya di Tanah Suci kerana proses pemeriksaan Jabatan Imigresen dan Kastam Arab Saudi telah diselesaikan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya.

Malaysia tahun ini menghantar 31,600 jemaah haji ke tanah suci dengan penerbangan pertama berlepas pada 8 Mei lalu.

Penerbangan terakhir jemaah dijadualkan pada 9 Jun depan. - Getaran, 22 Mei 2024

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah