web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bekas Setiausaha Politik Hamzah Didakwa Atas Pertuduhan Berkaitan Rasuah

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2024 9:52AM

Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad (berkot) ketika tiba di perkarangan mahkamah. – Gambar oleh Sophia Ahmad.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan berkaitan rasuah.

Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad akan dibicarakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi.

Terdahulu, tertuduh ketika tiba di mahkamah menundukkan kepala bagi mengelakkan fotonya dirakam oleh media yang sudah menunggu sejak awal pagi.

Getaran sedang berusaha mendapatkan maklumat terperinci berkaitan pertuduhan dihadapi Sayed Amir.

Semalam, Getaran yang memetik kenyataan sumber melaporkan, anak kepada Menteri Besar Perlis dan seorang bekas setiausaha politik akan didakwa di dua mahkamah berasingan berhubung kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

Menurut sumber, pertuduhan terhadap anak menteri besar itu akan dibuat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

"Beliau (anak menteri besar) akan didakwa di mahkamah pada Khamis (hari ini),” katanya.

Pada 24 April lalu, anak Mohd Shukri bersama lima individu lain ditahan reman oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pemalsuan dokumen melibatkan tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

Turut direman ialah seorang pegawai kanan di pejabat Menteri Besar Perlis.

Kesemua suspek berusia antara 27 hingga 37 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan berkaitan pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur seperti kerja pembaikan dan penyelenggaraan, bekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022.

Terdahulu, SPRM menerusi surat jemputan kepada media memaklumkan, mereka sudah menerima kebenaran untuk mendakwa seorang pemilik syarikat dan bekas setiausaha politik di dua mahkamah berasingan esok.

Pemilik syarikat itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis, manakala bekas setiausaha politik akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. - Getaran, 23 Mei 2024

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 3 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 9 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 3 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan