web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pecah Rumah, Kedai Nak Bawa Isteri Bercuti

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2024 2:52PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PADANG TERAP - Demi memenuhi kehendak isteri untuk bercuti selain membantu wanita itu menyelesaikan hutang Amanah Ikhtiar, seorang penganggur bertindak aktif melakukan kegiatan pecah rumah dan kedai sejak tahun lalu di Felda Lubuk Merbau dan Naka, dekat sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superitendan Mulkiaman Manzar, lelaki berusia 32 tahun itu bergerak secara solo sejak tahun lalu sebelum diberkas polis hasil maklumat awam di kediamannya di Felda Lubuk Merbau.

Menurut Mulkiaman, ujian urin dijalankan terhadap bekas jurukimpal itu mendapati dia negatif dadah.

"Bapa kepada tiga anak itu mendakwa dia berbuat demikian demi memenuhi kehendak isteri untuk bercuti selain mahu membayar hutang Amanah Ikhtiar wanita berkenaan sebanyak RM350 secara mingguan.

“Selain pecah rumah dan kedai, dia turut mengaku terlibat dalam kegiatan memecahkan cermin kereta untuk mencuri barangan dalam kenderaan tersebut. Banyak kejadian seperti itu berlaku di felda berkenaan sebelum ini dengan ada antaranya melibatkan tetamu dari luar yang menghadiri kenduri.

"Sehari selepas lelaki itu ditahan, kami turut memberkas isterinya yang berusia 30 tahun untuk siasatan. Lelaki itu kemudiannya mengaku dia terlibat dalam 21 kes pecah rumah, kedai serta memcahkan cermin kenderaan sebelum ini," katanya.

Tambah Mulkiaman, antara barangan yang menjadi sasaran lelaki tersebut adalah tong gas yang dicurinya sedikit demi sedikit, sebelum dijual kepada seorang individu di Sik.

"Kami telah berjaya mendapatkan semula tong-tong gas tersebut dan lelaki yang membeli barangan tersebut dari suspek turut ditahan untuk siasatan lanjut.

"Setakat ini isteri suspek sudah dibebaskan dan kami sudah mendapat arahan pertuduhan terhadap lelaki berkenaan bagi sebahagian kes melibatkannya," katanya.

Beliau berkata, beberapa barang bukti turut dirampas dari suspek antaranya kelengkapan memecah rumah, televisyen dan periuk tekanan tinggi berjenama hasil curi serta sebuah Proton Persona yang dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan tersebut.

"Kes-kes melibatkan suspek kini terus disiasat mengikut Seksyen 457, 448, 379, 393, 380 dan 392 Kanun Keseksaan," katanya. - Getaran, 13 Jun 2024.

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Suspek Kes Pecah Rumah Di Gombak Diburu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi