web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Rosmah Beri Aku Janji Tidak Lupus Barangan Mewah RM1.6 Bilion Berkaitan 1MDB

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2024 8:12AM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datin Seri Rosmah Mansor memberikan aku janji untuk tidak melupuskan barangan kemas, beg tangan, jam tangan dan cermin mata berjenama mewah yang kini berada dalam milikan atau kawalannya yang dituntut oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Peguam Reza Raim dan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mewakili Rosmah memberi aku janji itu kepada Hakim Mahkamah Tinggi Adlin Abdul Majid hari ini untuk tidak melupuskan semua barangan berkenaan yang didakwa 1MDB bernilai keseluruhan US$346 juta (RM1.6 bilion).

Pada pengurusan kes secara dalam talian semalam, peguam Lim Chee Wee mewakili 1MDB bersetuju dengan aku janji itu, sementara menunggu pendengaran permohonan injunksi Mareva terhadap Rosmah bagi menghalang beliau mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya.

Injunksi Mareva ialah perintah sementara yang menghalang defendan daripada melupuskan aset sehingga keputusan dicapai dalam kes antara plaintif dan defendan.

Muhammad Shafee kemudian memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya akan memfailkan permohonan untuk membatalkan kes saman yang difailkan 1MDB terhadap Rosmah.
Mahkamah kemudian menetapkan 4 Julai ini untuk pengurusan kes seterusnya.

1MDB dan lima anak syarikatnya iaitu 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited, Global Diversified Investment Company Limited dan SRC International Sdn Bhd selaku plaintif pertama hingga keenam.

Lima lagi ialah Affinity Equity International Partners Limited, Alsen Chance Holdings Limited, Blackrock Commodities (Global) Limited, Blackstone Asia Real Estate Partners Limited dan Brightstone Jewellery Limited.

Pernyataan tuntutan 1MDB yang difailkan pada 4 Jun lepas terhadap Rosmah mendakwa isteri kepada bekas perdana menteri itu memperoleh barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang dibeli menggunakan dana syarikat berkenaan berjumlah lebih US$346 juta (RM1.6 bilion) daripada 48 vendor berbeza di 14 negara.

Vendor terbabit ialah dari British Virgin Islands (satu), Hong Kong (sembilan), India (empat), Indonesia (dua), Itali (tiga), Lubnan (tiga), Mauritius (satu), Panama (satu), Singapura (satu), Thailand (dua), Emiriah Arab Bersatu (tujuh), Turki (dua), United Kingdom (dua) dan Amerika Syarikat (tujuh), manakala lokasi tiga lagi tidak diketahui.

1MDB dan SRC mendakwa lapan entiti luar pesisir yang menerima dana tidak berkaitan dengan syarikat itu ialah Aabar Seychelles, Affinity Equity, Alsen Chance, Blackrock, Blackstone, Brightstone, Good Star Ltd dan World Merit Management Ltd yang didakwa bertindak sebagai perantara serta membuat pembayaran bagi barangan mewah terbabit.

Oleh itu, kesemua plaintif antara lain menuntut Rosmah membayar US$346,010,489 atau sejumlah amaun yang ditaksir oleh mahkamah, selain memohon deklarasi bahawa plaintif pertama hingga keenam mempunyai hak terhadap barangan mewah yang kini didakwa berada dalam simpanan defendan pertama. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Keputusan Najib Dibebas Pulihkan Semangat Keluarga Untuk Terus Berjuang – Rosmah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Ulser Perut Berulang, Najib Hampir Diserang Angin Ahmar - Shafee

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

1,301 Jemaah Disahkan Meninggal Dunia, 83 Peratus Tidak Miliki Permit Tunai Haji 

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

‘Nak Serang Saya? Silakan, Tapi Jangan Sentuh MOTAC’ - King Sing

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Sah Milik Remaja Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Ajak Orang Ramai Hadir, Hayati Pementasan Teater ‘Haji Murat’