web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Keputusan Najib Dibebas Pulihkan Semangat Keluarga Untuk Terus Berjuang – Rosmah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2023 3:42PM

Rosmah Mansor - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datin Seri Rosmah Mansor berkata, keputusan mahkamah membebaskan suaminya, Datuk Seri Najib Razak atas pertuduhan meminda laporan audit 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah memulihkan semula semangat keluarga untuk terus berjuang menuntut keadilan.

Menurut beliau, keputusan tersebut juga satu kemenangan buat seluruh keluarga mereka.

“Kami berharap perkara yang lebih baik akan datang dan sudah tentu keputusan ini memulihkan semangat kami sekeluarga,” katanya ringkas kepada media ketika ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, hari ini.

Berbaju kurung kuning dan berselendang hijau, Rosmah bersama anak perempuannya, Nooryana Najwa Najib dilihat berada di galeri awam ketika keputusan itu dibacakan oleh mahkamah tinggi.

Terdahulu awal hari ini, Hakim Mohamed Zaini Mazlan membebaskan Najib, yang sebelum ini didakwa menyalahgunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dengan mengarahkan pindaan terhadap Laporan Ketua Audit mengenai 1MDB pada Februari 2016 sebelum pemuktamadan dan pembentangannya kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bagi  mengelakkan sebarang tindakan sivil atau jenayah terhadap beliau.

Zaini yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Najib mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan audit itu.

Dalam prosiding yang sama, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy turut dibebaskan daripada pertuduhan bersubahat dengan Najib dalam meminda laporan itu.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah juga berharap akan ada lebih banyak "perkara baik akan datang" berikutan keputusan hari ini dan menegaskan bahawa semua pertuduhan jenayah terhadap anak guamnya adalah berunsur politik. – The Vibes, 3 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Rosmah Gagal Mohon Hakim Tarik Diri Dengar Kes Saman 1MDB

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Semakan Kehakiman: Mahkamah Tolak Permohonan Najib

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Rosmah Beri Aku Janji Tidak Lupus Barangan Mewah RM1.6 Bilion Berkaitan 1MDB

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah