web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dikecam Kutip Dana Awam, Iddin Tampil Beri Penjelasan

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2024 11:10AM

Kempen kutipan dana awam disertai Iddin Ramli yang menerima kecaman PW Community - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Iddin Ramli tidak perlu membina harta dengan mengambil duit orang lain. 

Menegaskan perkara itu beliau berkata, pendapatan yang terhasil menerusi jualan 350,000 naskhah buku yang ditulisnya sudah cukup memadai, apatah lagi penerbitan tersebut diuruskan oleh syarikat milik sendiri. 

“Saya tak perlu pecah amanah, saya tak perlu duit orang untuk dapatkan harta sebab saya ada company. Alhamdulillah dah 350,000 naskhah buku saya terjual dan saya bukannya terbitkan bawah syarikat orang, saya terbitkan bawah syarikat saya sendiri.

Iddin Ramli - Gambar Facebook
Iddin Ramli - Gambar Facebook

“Untuk sebuah syarikat penerbitan, 350,000 itu adalah jumlah yang sangat besar,” katanya menerusi video yang dimuat naik di Facebook.

Iddin menyatakan demikian sebagai mengulas hantaran dimuat naik laman PW Community yang mengkritik kutipan dana digerakkan beliau.

Kutipan dikenali sebagai Infak Pek Makanan & Madinah itu digerakkan platform Jom Donate, bertujuan mengutip sumbangan bagi membeli pek makanan untuk jemaah umrah di Mekah dan Madinah.

Mengulas lanjut Iddin berkata, Jom Donate ialah organisasi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sah dan platform kutipan dana awam.

“Saya juga terlibat mempromosikan dana awam, yes, saya tak nafikan perkara tu dan saya terlibat dengan Jom Donate.

“Isunya dekat sini ialah 20 peratus, memang keluar daripada saya lisan saya, saya yang taip memang ada perjanjian 20 peratus tapi tak semestinya kita yang mempromosikan  akan mengambil 20 peratus,” katanya.

Jelas pemuda itu, 20 peratus dimaksudkan hanya perjanjian di atas kertas dan keputusan akhir ditentukan dirinya sendiri.

“Saya dah banyak kempen yang saya buat bersama dengan Jom Donate dan saya tak ambil 20 peratus. Jadi 20 peratus tu cuma atas kertas, selebihnya pada saya sendirilah. Saya yang buat dan saya tahu apa tujuan saya buat, lillahita’ala kerana Allah (SWT), nak mudahkan orang, nak bantu orang maka itulah apa yang saya akan buat 

“Jadi saya juga bagi tahu yang akan masuk ke akaun personal, sebenarnya wallahi saya salah cakap dan duit tu akan masuk ke dalam akaun company. Tapi sebelum duit tu masuk ke akaun company, akaun syarikat saya Naseehat Holding Sdn Bhd, duit tu akan dikumpulkan dulu dalam platform Jom Donate. Bila sampai masanya baru akan dikeluarkan dan dimasukkan dalam akaun syarikat dan daripada akaun syarikat akan ditransfer ke akaun supplier, dan sahabat-sahabat yang menguruskan di sana,” katanya, panjang lebar.

Data kutipan dana yang digerakkan Iddin Ramli - Gambar Facebook
Data kutipan dana yang digerakkan Iddin Ramli - Gambar Facebook

Menerusi video berdurasi lebih tujuh minit itu, Iddin turut memuat naik gambar segala resit transaksi dan aliran keluar wang, termasuk yang disumbangkan untuk beberapa projek amal lain.

“Untuk kempen yang baru ni saya dah mintak keluarkan semua iaitu target kita RM50,000 dan kita berjaya kumpul RM12,138. Kemudian Jom Donate ada kenakan caj 5.5 peratus menggunakan platform Jom Donate so caj tu lebih kurang RM660 dan Toyyibpay. Toyyibpay ni mungkin kalian yang faham tentang website. Toyyibpay ini ialah satu payment gateway di mana kita menggunakan servis gateway tu lah untuk payment tu berjalan keluar dan masuk.

“Satu transaksi bersamaan dengan RM1 so kalau saya sedekah RM10, RM9 akan masuk Jom Donate, RM1 akan dapat dekat Toyyibpay, faham tak? Dan total yang bersih yang kita dah kumpul sebanyak RM10,256 dan dah masuk ke dalam akaun company saya, dan saya pun dah transfer kepada Simply Go,” katanya. - Getaran, 15 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Selebriti 6 hari yang lalu

Siti Jamumall Perjelas Sebab Batal Perkahwinan, Kenal Lelaki Tersebut Dalam Masa 2 Minggu

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Promosi Judi Dalam Talian, 27 Pempengaruh Ditahan

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Peti Besi, Jongkong Emas Milik Pempengaruh Ditemukan Di Dasar Sungai

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Pempengaruh Diingatkan Hati-Hati Kendali Podcast - Fahmi

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Miza Ozawa Dipenjara 2 Bulan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Penemuan Pergelangan Tangan Manusia: Gaduh Rebut Kawasan Dadah Dipercayai Punca Kejadian

Sukan 1 hari yang lalu

Pakaian Rasmi Kontinjen Malaysia Di Sukan Olimpik Paris Bukan Tanggungjawab KBS

oleh Diyana Nawwar

Sukan 14 jam yang lalu

Azeem Tidak Terkilan Jika Tidak Dapat Beraksi Di Olimpik Paris 2024