web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


3 Kematian Baharu Jemaah Haji Negara Dilaporkan

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2024 9:22AM

Kebanyakan jemaah dimasukkan ke hospital kerana cuaca panas di Arafah, Muzdalifah dan Mina - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiga lagi kematian baharu melibatkan jemaah haji negara daripada pakej Pengelola Jemaah Haji (PJH) dilaporkan hari ini.

Dua daripada jemaah berkenaan ialah lelaki manakala seorang lagi ialah jemaah wanita dikenali sebagai Sakinah Jalil, 66.

Allahyarham yang berasal dari Sungai Buloh, Selangor menghembuskan nafas terakhir di perkarangan sebuah pasar raya di Shisha akibat serangan jantung pada jam 4.30 petang, kelmarin.

Allahyarham Baharuddin Mohd Shood, 75, dari Jengka Pahang pula meninggal dunia pada jam 5.10 petang, 11 Jun lalu akibat kanser usus yang sudah merebak ke bahagian hempedu.

Seorang lagi jemaah, Allahyarham Abd Manaf Hanafiah, 65, dari Alor Star, Kedah disahkan meninggal dunia pada jam 5.30 petang di Pusat Perubatan Makkah akibat serangan jantung, 13 Jun lalu.

Jenazah Baharuddin dan Abd Manaf disembahyangkan di Masjidil Haram sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Syaraiee.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, beberapa jemaah juga telah dimasukkan ke Hospital Tabung Haji (TH) di Shisha akibat cuaca panas ketika di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

"Kebanyakan pesakit yang dimasukkan ke hospital ini disebabkan cuaca panas di Arafah, Muzdalifah dan Mina, yang mengakibatkan beberapa jemaah jatuh sakit kerana masalah berkaitan paru-paru," katanya seperti dilaporkan Berita Harian. 

Beliau menyatakan demikian kepada Petugas Media TH selepas mengadakan lawatan ke Hospital TH di Makkah, kelmarin.

Turut hadir pada lawatan tersebut ialah Pengerusi TH, Tan Seri Abdul Rashid Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman, Ketua Rombongan Haji Malaysia 1445/2024, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan dua ahli Lembaga Pengarah, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed dan Abdul Mokhti Salleh. - Getaran, 17 Jun 2024

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki ‘Kantoi’ Curang Mengaku Tak Bersalah Belasah Isteri

Sukan 1 hari yang lalu

Pakaian Rasmi Kontinjen Malaysia Di Sukan Olimpik Paris Bukan Tanggungjawab KBS

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Semasa 1 hari yang lalu

Rasuah RM30,000: 2 Pegawai Kanan Agensi Penguatkuasa Dan Isteri Direman