web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kekeliruan Keluarkan Saman, Polis Rujuk PKD Batal Kompaun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2021 6:23PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Semakan dibuat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Unit Inspektorat dan Perundangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) mendapati berlaku kekeliruan terhadap kompaun yang dikenakan terhadap pekerja sebuah syarikat minyak dan gas di Sitiawan, Sabtu lalu.

Justeru, polis akan merujuk Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Manjung untuk membatalkan kesemua kompaun berkenaan, yang dikeluarkan atas kesalahan gagal mengemas kini status kesihatan di aplikasi MySejahtera.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, semakan dengan KKM mengesahkan pemilik aplikasi hanya perlu mengemaskini status kesihatan apabila terdapat gejala, mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara, mempunyai hubungan atau menjadi kontak rapat serta disahkan positif dijangkiti Covid-19 sahaja.

Katanya, Ketua Polis Daerah (KPD) Manjung akan merujuk PKD Manjung untuk memaklumkan kepada Jabatan Peguam Negara bagi tujuan pembatalan kompaun tersebut.

“Justeru masyarakat dinasihatkan agar tidak khuatir dan bimbang terhadap tahap penguatkuasaan yang dilakukan oleh pihak PDRM dalam melaksanakan tanggungjawab bagi memutuskan rantaian COVID-19.

“Setiap tindakan yang diambil oleh pihak PDRM akan dirujuk kembali kepada peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan dari semasa ke semasa,” katanya di sini, hari ini.

Sabtu lalu, media melaporkan pekerja syarikat terbabit dikompaun RM2,000 kerana tidak mengemas kini status kesihatan di aplikasi MySejahtera ketika memasuki tempat kerja.

Operasi yang diketuai PDRM itu turut disertai KKM, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Majlis Perbandaran Manjung (MPM). - Getaran, 7 Jun 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka