web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


5 Pempengaruh Wanita Didakwa Promosi Judi Dalam Talian

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2024 9:56PM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Lima pempengaruh wanita didakwa di dua Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mempromosikan judi dalam talian di platform laman sosial mereka.

Aileen Koh Ooi Leng, 29; Hayatunnuffus Zakariya, 32; Nurul Syifa Aliya Adanan, 21; Nurazalina Mustafa, 28; dan Noor Shahnez Marzuani, 22, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin dan Majistret IIIi Marisqa Khalizan.

Di hadapan Aina Azahra, Hayatunnuffus didakwa mengumum atau menerbitkan dengan cara mempromosikan platform perjudian dalam talian di akaun Instagram miliknya untuk mengajak atau memperdaya mana-mana orang berjudi di rumah judi terbuka di sebuah restoran di Cheras di sini pada 9 pagi, 13 Jun lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang membawa hukuman denda antara RM5,000 hingga RM50,000 dan penjara maksimum tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Koh pula didakwa mempromosikan judi di tempat awam secara dalam talian di sebuah restoran di Sentul di sini pada 8.23 pagi tarikh sama mengikut Seksyen 8(1) akta serupa yang membawa hukuman denda antara RM20,000 hingga RM200,000 dan penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa ASP Nom Phot Prack Dit menawarkan jaminan RM5,000 terhadap Hayatunnuffus dan Koh, namun peguam Azlan Abdul Razak dan V. Varunnath memohon jaminan rendah atas alasan anak guam mereka tidak mempunyai pendapatan tetap.

Mahkamah membenarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh serta menetapkan 15 dan 26 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Di hadapan Illi Marisqa, Noor Shahnez didakwa mengumum atau menerbitkan dengan cara mempromosikan platform perjudian dalam talian di akaun Instagram miliknya untuk mengajak atau memperdaya mana-mana orang berjudi di rumah judi terbuka di sebuah restoran di Taman Maluri di sini pada 9.30 pagi, 13 Jun lepas.

Nurul Syifa dan Nurazalina pula didakwa membantu menjalankan promosi perjudian dalam talian menerusi akaun Instagram kendalian mereka menggunakan dua telefon bimbit di Pejabat Unit Pencegahan Perjudian D7, di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di Wangsa Maju, masing-masing pada jam 7 dan 7.30 pagi, tarikh sama.

Ketiga-tiga wanita itu didakwa mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda antara RM5,000 hingga RM50,000 dan penjara maksimum tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Hamizah Hisan menawarkan jaminan RM15,000 bagi setiap tertuduh, namun peguam Mohd Rhastdan Abdul Wahab, Meor Khusyairi daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) dan A. Krishnaveni memohon jaminan minima memandangkan anak guam mereka mempunyai pendapatan rendah selain merupakan penanggung tunggal keluarga.

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Ogos depan untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Pempengaruh Dilapor Hilang, Panggilan Ke Telefon Dijawab Lelaki Indonesia

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Dana Awam Libatkan Pempengaruh: SPRM Beku 20 Akaun Bernilai RM740,000

3

Semasa 2 bulan yang lalu

SPRM Mohon Perintah Reman Suami Isteri Pempengaruh 

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Tipu Duit Derma: SPRM Akan Mohon Perintah Reman Pasangan Pempengaruh

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang