web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Penagih Mengamuk, Pukul Bapa, Bakar Rumah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Jun 2021 3:12PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BALING - Seorang memukul bapa kandung serta mengugut mahu membunuh semua ahli keluarga, manakala seorang lagi membakar rumah sendiri lalu mengacu parang kepada individu sekeliling.

Itu tindakan dilakukan dua penagih dadah yang mengamuk dalam dua kejadian berbeza di daerah ini semalam.

Ketua Polis Daerah Baling, Shamsudin Mamat berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira pukul 2 petang di Kampung Carok Bakap, Kuala Ketil, membabitkan seorang pemuda berusia 28 tahun yang bertindak memukul bapanya berusia 54 tahun.

Katanya, lelaki terbabit yang dipercayai ketagihan dadah, bertindak memukul bapanya dua kali di bahagian lengan kerana tidak dibenarkan keluar dari rumah.

"Difahamkan lelaki itu tidak dibenarkan keluar dari rumah oleh bapanya kerana dia sering mengamuk dan mengganggu orang lain.

"Selain memukul bapanya, dia turut mengugut mahu membunuh semua ahli keluarga yang lain. Akibat gagal menenangkannya, keluarga tersebut lalu menghubungi pihak polis," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya, usaha pihak polis untuk memujuk penagih dadah itu menyerah diri turut gagal hingga menyebabkan berlakunya pergelutan.

"Keadaan itu menyebabkan lelaki berkenaan yang mempunyai satu rekod lampau berkaitan dadah, mengalami kecederaan di bahagian kepala dan mata,"

"Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994," katanya.

Shamsudin menambah, hanya dua jam selepas itu, pihaknya terpaksa berdepan satu lagi kejadian amuk melibatkan penagih dadah lain berusia 36 tahun yang membakar rumahnya sendiri di Kampung Seri Ketengga, Mukim Siong.

"Siasatan awal mendapati suspek terlebih dulu mengamuk dengan menghalau semua ahli keluarganya keluar, sebelum membakar rumah berkenaan.

"Pihak bomba dengan bantuan penduduk kampung berjaya memadamkan kebakaran sekali gus mengelakkan kediaman tersebut hangus terbakar. Namun suspek enggan menyerah diri walaupun dipujuk dan bertindak mengunci pintu rumah itu sambil mengacukan dua bilah parang kepada sesiapa yang cuba masuk," katanya.

Tambahnya polis tidak mempunyai pilihan selain memecahkan pintu rumah tersebut manakala pihak bomba terpaksa membuat pancutan air bagi menghalang suspek melakukan serangan.

"Berlaku pergelutan ketika usaha menangkap suspek menyebabkan dia mengalami kecederaan kecil di kepala. Pihak kami turut merampas dua bilah parang digunakan suspek dalam kejadian itu," katanya.

Katanya, suspek yang turut memiliki rekod lampau berkaitan dadah kemudiannya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukankesalahan khianat dengan api. - Getaran, 8 Jun 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi