web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Bomba Guna Jengkaut Korek Kawasan Tanah Jerlus Di Masjid India

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Aug 2024 6:21PM

- Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pasukan penyelamat akan mengorek kawasan mendapan yang berlaku akibat tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini menggunakan mesin jengkaut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Rozihan Anwar Mamat berkata langkah itu bagi meluaskan kawasan pencarian wanita warga India yang terjatuh dalam kejadian itu.

Beliau berkata berikutan perluasan kawasan pencarian, pihaknya juga akan menambah anggota JBPM dalam usaha mencari mangsa.

"Kita dah buat carian manual tetapi gagal menjumpai mangsa, dijangka dalam waktu terdekat akan sambung buat korekan lebih luas di tempat mendapan," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman berkata beliau difahamkan ketika kejadian, mangsa sedang berjalan kaki dari Selangor Mansion ke arah Lebuh Ampang dan kemudiannya duduk di kerusi konkrit yang turut terjatuh bersamanya.

"Buat masa ini, kita akan meneliti rakaman kamera litar tertutup serta mengambil rakaman keterangan saksi yang berada di lokasi kejadian.

"Tiada maklumat lanjut yang boleh diberikan buat masa ini termasuk kronologi sebenar insiden...sejurus mangsa ditemukan, kita akan kemas kini maklumat," katanya.

Sementara itu, berhubung keadaan keselamatan kawasan sekitar, Sulizmie berkata pihaknya masih berbincang dengan agensi berkaitan sebelum mengambil langkah sama ada menutup sepenuhnya lokasi kejadian atau sebaliknya.

"Setakat ini usaha menyelamatkan mangsa yang masih ada di bawah sedang dijalankan dan kini kita tunggu jengkaut untuk menggerakkan kerja pencarian.

"Kita perlu pertimbangkan nyawa bomba yang melakukan kerja penyelamatan dan buat masa ini, kita belum buat keputusan untuk tutup sepenuhnya sebab kita rasakan masih selamat dan kita akan membuat beberapa analisis dan jika perlu ditutup maka kita akan maklumkan kelak," katanya.

Sementara itu Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meminta orang ramai mematuhi arahan-arahan dikeluarkan pihak berkuasa semasa berada di dipersekitaran kawasan berkenaan.

Dalam meluahkan rasa simpati terhadap kejadian itu, beliau berkata arahan yang dikeluarkan adalah untuk keselamatan semua pihak.

"Saya menyeru supaya semua rakyat bertenang dan beri laluan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk mengambil tindakan segera dan yang sewajarnya," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. – BERNAMA
 

Sorotan

1

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

2

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

3

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

4

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

5

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

6

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

Semasa 20 jam yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

oleh Jason Santos

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Bekas Pelumba Negara Maut Ditetak, 3 Lelaki Ditahan

Semasa 11 jam yang lalu

JAIS Tubuh Pasukan Khas, Siasat Ajaran Sesat Di Selangor