web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 4 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Eksploitasi Buruh: Polis Selamatkan 137 Individu Termasuk Kanak-Kanak

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu ยท Diterbitkan pada 31 Aug 2024 6:06PM

Gambar PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menyelamatkan 137 individu termasuk 52 kanak-kanak disyaki menjadi mangsa eksploitasi buruh menerusi Op Pintas Mega yang dilaksanakan pada Januari dan Jun lepas.

Ketua Penolong Pengarah Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong dalam kenyataan berkata mereka melibatkan 35 warga Myanmar, Thailand (25), Indonesia (23), Bangladesh (17) dan Filipina (sembilan).

Beliau berkata lapan rakyat tempatan, selain masing-masing lima warga Kemboja, Vietnam dan China serta etnik Rohingya (tiga) dan Nepal (dua) turut diselamatkan dalam operasi itu.

Soffian berkata 398 individu juga ditahan dalam operasi yang diadakan menerusi dua fasa di seluruh negara itu.

Sebanyak 42 serbuan dan 285 individu melibatkan warga tempatan dan asing ditahan pada fasa pertama Januari lepas, dengan 64 mangsa diselamatkan terdiri daripada 12 lelaki dan 22 wanita selain 10 kanak-kanak lelaki dan 20 kanak-kanak perempuan.

Bagi fasa kedua pada Jun lalu, 33 serbuan dilakukan dengan 113 tangkapan warga tempatan dan asing serta polis menyelamatkan 73 individu iaitu 25 lelaki, 26 wanita dan 22 kanak-kanak lelaki.

Soffian berkata operasi secara bersepadu itu melibatkan Jabatan Imigresen, Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Alam Sekitar, Tenaga Nasional Berhad dan pihak berkuasa tempatan dengan menyasarkan premis kilang, ladang, sektor perikanan dan perkhidmatan serta pengemis. - BERNAMA

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Sukan 3 jam yang lalu

Liga Super: KL City Belasah Skuad Muda Kedah 5-0

Semasa 17 jam yang lalu

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

Semasa 1 hari yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

Semasa 1 hari yang lalu

JAIS Tubuh Pasukan Khas, Siasat Ajaran Sesat Di Selangor