web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ekonomi Baik, Politik Stabil Dorong Kenaikan Ringgit – Pakar

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2024 9:41AM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi berbanding dolar AS dalam beberapa minggu akan datang susulan langkah Rizab Persekutuan AS memulakan kitaran pemotongan kadar faedahnya dan disokong kadar inflasi yang rendah, kata pakar ekonomi.

Untuk tempoh seminggu (Jumaat ke Jumaat), ringgit mengukuh kepada 4.3185/3225 berbanding dolar AS daripada 4.3720/3775 seminggu lalu. Mata wang tempatan juga didagangkan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding euro, ditutup pada 4.7862/7906 daripada 4.8604/8665, menambah nilai berbanding pound Britain kepada 5.6939/6992 berbanding 5.7391/7463 dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9754/9784 daripada 2.9916 minggu sebelumnya. 

Ringgit juga didagangkan lebih tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Pengarah Program Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), Putra Business School, Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, Malaysia perlu meningkatkan sektor eksport agar dapat menikmati pulangan lebih besar.

Menurut beliau, kestabilan politik Malaysia juga dilihat sebagai faktor yang menarik lebih ramai pelabur asing, sekali gus mengukuhkan kedudukan ringgit.

“Faktor utama adalah langkah Rizab Persekutuan AS mengurangkan kadar faedahnya. Faktor dalaman ialah kestabilan politik kita. Data ekonomi kami menunjukkan peningkatan dalam import dan eksport. Inflasi kita berada pada kadar yang rendah iaitu dua peratus.

“Saya melihat ringgit kekal seperti ini sehingga akhir tahun. Kita sentiasa boleh meningkatkan eksport dan memperkasa ekonomi domestik supaya boleh mencipta lebih banyak penghasilan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Program Pengajian Ekonomi di Institut Jeffrey Cheah, Profesor Dr Yeah Kim Leng melahirkan pendapat senada dan berkata, prestasi ekonomi negara yang baik mendorong pengukuhan ringgit berlaku.

“Prestasi perdagangan kita adalah baik, kenaikan FDI (pelaburan langsung asing) dan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) suku kedua melebihi jangkaan. Inilah yang menyumbang kepada kekukuhan ringgit.

"Sudah tentu, Rizab Persekutuan AS membalikkan kadar faedah yang lebih tinggi memainkan peranan tetapi jika ekonomi negara sendiri tidak baik, kita tidak akan melihat angka ini," katanya.

Sementara itu, ketua ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi berbanding dolar AS minggu depan berikutan permintaan yang kukuh terhadap mata wang itu. 

Beliau berkata ringgit berkemungkinan menembusi paras sokongan segeranya pada RM4.3030 dalam tempoh terdekat.

“Jika dilihat pada dolar AS/ringgit sejak tambatan mata wang dikeluarkan pada 21 Julai 2005, paras purata berada pada RM3.7875. Justeru, terdapat kecenderungan tinggi untuk ringgit terus meningkat kerana ia mungkin kembali kepada purata jangka panjangnya,” katanya.

Bulan lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ringgit berada pada paras paling kukuh dalam tempoh 14 tahun berikutan dasar kerajaan perpaduan dan usaha kolektif membangunkan negara.

Beliau berkata, walaupun pembangkang sering mendakwa ringgit merosot, ia sebenarnya telah menunjukkan pemulihan yang positif di bawah pentadbiran semasa.

“Ringgit juga adalah yang paling kukuh di Asia. Kenapa? Ia bukan kerana saya atau Anwar. Ini disebabkan dasar kerajaan dan konsensus kami.

"Pelaburan mengalir masuk, dan jika anda melihat rekod berdekad lalu, mereka yang pernah berada dalam kerajaan persekutuan tahu tidak pernah ada respons sedemikian (daripada pelabur),” katanya dipetik sebagai berkata.

Anwar berkata usahanya semasa mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa tertumpu kepada mempromosikan negeri, termasuk Sabah, sebagai hab pelaburan utama, khususnya dalam pelancongan.

“Di setiap tempat yang saya lawati, sama ada China, Jepun, atau Jerman, saya sentiasa menegaskan terdapat peluang pelaburan dalam minyak dan gas, pelancongan, teknologi baharu, dan peralihan tenaga, termasuk di Sabah. Saya mewakili kedua-dua Malaysia dan Sabah,” katanya. – Getaran, 2 September 2024

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 6 bulan yang lalu

Salah Tukaran Ringgit-Dolar AS, Google Malaysia Mohon Maaf

2

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Ekonomi Malaysia Dijangka Meningkat Kukuh Tahun Ini - AMRO

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang