web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PGA Rampas Dadah RM8.6 Juta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2021 2:03PM

Kasuahdi Ali (kanan) menunjukkan syabu dan pil yaba yang bernilai lebih RM8.6 juta yang dirampas di Kampung Jeram Perdah, Rantau Panjang, kelmarin.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS - Sebanyak 41 kilogram dadah dan 720,000 biji pil yaba bernilai lebih RM8.6 juta berjaya dirampas menerusi serbuan oleh Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA 8) ke atas sebuah rumah di Rantau Panjang, kelmarin.

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (PGA), Datuk Kasuahdi Ali berkata, serbuan pada jam 4.30 petang itu dibuat ke atas sebuah rumah di Kampung Jeram Perdah menerusi Op Benteng COVID-19.

Katanya, operasi berkenaan turut berjaya menahan seorang lelaki berusia 43 tahun.

“Polis melakukan intipan selama empat jam terhadap rumah kosong berkenaan sebelum seorang lelaki didapati masuk ke dalam kediaman itu.

“Serbuan yang dilakukan sebaik lelaki itu masuk ke dalam rumah terbabit menjumpai lapan bungkusan plastik hitam di bahagian dapur rumah berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas di sini.

Kasuahdi berkata, bekalan dadah berkenaan diperoleh dari negara jiran, khusus untuk edaran di Pantai Timur, Lembah Klang dan Johor.

“Pil yaba adalah untuk kegunaan di Pantai Timur manakala syabu dijadualkan diedarkan ke Lembah Klang dan Johor,” katanya.

Turut hadir di sidang media itu adalah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan, Asisten Komisioner Sheik Azhar Sheik Omar.

Kasuahdi berkata, siasatan lanjut terhadap lelaki berkenaan masih dijalankan untuk mengenal pasti peranan sebenar suspek.

“Kita masih menyiasat sama ada dia adalah ‘transporter’ atau tauke sindiket sendiri.

"Kediaman yang diserbu itu pula disyaki milik kakak suspek, namun siasatan terperinci masih dijalankan,” katanya.

Beliau menarik perhatian, bekalan syabu dan pil kuda itu masing-masing boleh digunakan bagi menampung permintaan 410,000 dan 144,000 penagih.

"Suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah ditahan reman selama seminggu bermula semalam untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya. – Getaran, 9 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia