web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rakyat Semakin Derita, Pemimpin Perlu Segera Bertindak - Mat Sabu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2021 5:27PM

Mohamad Sabu melambaikan tangan kepada pemberita sebaik keluar dari Istana Negara. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Rakyat dibebani dengan permasalahan yang amat serius ketika ini dan ia menuntut perhatian segera semua pihak, khususnya barisan kepimpinan negara.

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu berkata, realiti itu disuarakan ketika beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullan Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah di Istana Negara, di sini hari ini.

Menurut beliau, pandemik COVID-19 membuatkan kehidupan rakyat semakin terhimpit sehingga ada yang terpaksa mengharapkan bantuan pusat khidmat untuk mendapatkan sedikit makanan.

“Saya mempersembahkan kepada Tuanku keadaan rakyat sekarang seperti pemandu e-hailing yang sudah tiada penumpang, macam mana dia hendak (mencari) makan.

“Ada juga yang ke kaunter makanan di pusat khidmat untuk mendapatkan makanan, ertinya masalah rakyat ini semakin serius,” katanya ketika ditemui di perkarangan Pintu 2 Istana Negara, hari ini.

Mohamad Sabu bertemu media yang menunggu di perkarangan Istana Negara.
Mohamad Sabu bertemu media yang menunggu di perkarangan Istana Negara.

Bekas Menteri Pertahanan kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu dilihat memasuki perkarangan Istana Negara pada jam 3 petang, sebelum keluar kira-kira sejam selepas itu.

Bercakap kepada media, beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, kepentingan untuk memelihara demokrasi berparlimen antara perkara turut disuarakan ketika menghadap baginda sebentar tadi.

“Saya minta supaya Parlimen boleh bersidang seperti di UK (United Kingdom). Lebih teruk pandemik, semakin kerap mereka bersidang demi kepentingan rakyat.

“Rakyat hendak tahu apa program kerajaan untuk mengatasi COVID-19 ini. Tidak seperti kita, (apabila) COVID-19 teruk, Parlimen (terus) ditutup,” katanya. - Getaran, 9 Jun 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Basikal Raleigh Chopper Agong Antara Tarikan Pameran Raja Kita

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 3 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan