web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perakam, Saksi Video Seret Kucing Diminta Tampil Bantu Siasatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2021 9:14PM

Polis cari saksi rakam video lelaki seret kucing sambil menunggang motosikal di Langkap, Jumaat lepas. - Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TELUK INTAN - Perakam video dan saksi yang melihat kejadian seorang lelaki yang disyaki menyeret seekor kucing sambil menunggang motosikal di Langkap, di sini, Jumaat lalu, diminta tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner (ACP) Ahmad Adnan Basri berkata, keterangan individu itu diperlukan sebagai saksi kejadian bagi membolehkan siasatan dilengkapkan sebelum kertas siasatan diserahkan semula kepada Timbalan Pendakwa Raya. 

“Melalui keterangan suspek, motosikal ditunggangnya ditahan seorang individu yang kemudian menegur perbuatannya ketika membawa kucing itu untuk dibuang.

“Pada masa sama, ada individu lain yang merakam perbuatan suspek hingga tular di media sosial, jadi kita minta mereka ini tampil untuk membantu siasatan,” katanya.

Ahmad Adnan berkata, dakwaan kucing itu mati juga difahamkan tidak benar sebaliknya haiwan berkenaan berjaya melarikan diri sebaik sahaja terlepas daripada sauk.

Katanya, haiwan itu kemudiannya dipercayai melarikan diri ke hutan berhampiran semasa suspek ditahan pengguna jalan raya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Getaran pada Sabtu lalu melaporkan, polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyeret kucing di atas jalan raya sambil menunggang motosikal apabila videonya tular di laman sosial.

Video berdurasi 35 minit yang dirakam menunjukkan kucing itu diseret oleh lelaki berkenaan dan rata-rata netizen menyifatkan perbuatan itu sebagai zalim serta meminta tindakan diambil terhadap lelaki terbabit.

Suspek berusia 45 tahun itu bagaimanapun menafikan tindakan tersebut dan memberitahu yang dia tidak sedar kaki kucing berkenaan terkeluar daripada sauk, ketika hendak membuang haiwan terbabit di kedai berhampiran. - Getaran, 9 Jun 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki