web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Jadikan Bantuan COVID-19 Mainan Politik - Saarani

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2021 7:54AM

Saarani melihat pelan lokasi di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Politeknik Sultan Azlan Shah yang dikenakan PKPD. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANJUNG MALIM - Mana-mana pihak boleh tampil menghulurkan bantuan COVID-19 kepada golongan memerlukan tanpa perlu dijadikan modal atau mainan politik, kata Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad.

Beliau berkata mana-mana parti politik sekalipun termasuk badan bukan kerajaan boleh memberi bantuan COVID-19 selagi berkemampuan demi membantu meringankan beban golongan yang terkesan dengan pandemik itu.

“Sesiapa sahaja yang hendak memberikan sumbangan dibolehkan dan tidak terikat,” katanya selepas meninjau kawasan Politeknik Sultan Azlan Shah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula semalam sehingga 22 Jun.

Beliau berkata keutamaan penyaluran bantuan PKPD di tiga kawasan iaitu Kampung Dato Ahmad Said, Kampung Sungai Tapah dan Kampung Jelapang Baru di Ipoh, diberi kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Mengenai kes jangkitan COVID-19 dalam kalangan gelandangan yang dilapor di Pusat Penempatan Gelandangan (PPG) Bangunan Persatuan Bulan Sabit Merah yang mula beroperasi sejak awal bulan ini, Saarani berkata hanya seorang yang positif COVID-19.

“Kami telah hantar kesemua 46 penghuni yang berkaitan ke Pusat Kawalan dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Ulu Kinta. Pusat itu disanitasi kerana terdapat kes jangkitan, walaupun yang positif itu seorang sahaja tapi kami hantar kesemua 46 orang itu ke PKRC kerana semua dianggap sebagai kontak rapat,” katanya.

Sementara itu, Saarani berkata Perak menjadi negeri kedua tertinggi merekodkan jumlah penduduk yang selesai menerima dos kedua vaksin COVID-19 iaitu seramai 104,742 orang selepas Selangor (145,973). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

2

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Maut, Lori Langgar Belakang Treler 

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Kes Cabul: Doktor Dibebas Dengan Jaminan Polis

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Buat Gangguan Seksual Terhadap Remaja, Doktor ‘Jijik’ Dicekup

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 3 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 3 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad