web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Berkelakuan Lucah Di Depan Remaja Bawah Umur, Safiey Ilias Diburu Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2021 11:20AM

Safiey Ilias - Gambar dari Facebook

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Instafamous, Safiey Ilias diburu polis gara-gara berkelakuan lucah di hadapan dua remaja termasuk menggoyangkan buah dada palsunya dalam satu sesi sidang video melalui aplikasi media sosial, Instagram.

Siasatan terhadap Safiey yang juga usahawan kosmetik, dibuat susulan aduan seorang pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Professor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar di Balai Polis Bandar Baru Bangi semalam.

Safiey yang menggunakan akaun Instgram, ‘safieyilias94’, turut mempertontonkan cara menghisap vape atau rokok elektronik kepada remaja terbabit ketika sesi sidang video tersebut.

“Saya rasa kita sudah banyak bertolak ansur dengan mereka yang (digelar) Instafamous ini.

“Ibu bapa, kejadian ini berlaku pada 1.50 pagi. Anak-anak tak sepatutnya menggunakan telefon pintar waktu dinihari dan bagi tujuan melawat atau terlibat dalam IGLive sebegini,” tegasnya menerusi satu hantaran di Facebook.

Jelas Rafidah, laporan polis yang dibuatnya itu melibatkan beberapa jenis kesalahan termasuk berkongsi atau menyebarkan kandungan lucah (Akta Komunikasi dan Multimedia 1998), kesalahan seksual terhadap kanak-kanak (Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017) dan kesalahan dilakukan individu belum dewasa (Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004).

Menurut kenyataan media daripada Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, kes terhadap “pemilik akaun Instagram safieyilias94” disiasat mengikut Seksyen 12 (1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Dalam perkembangan berkaitan, penceramah bebas Mohd Fairuz Abu yang terkenal dengan panggilan Akhi Fairuz Al-Jengkawi, turut menyambut baik tindakan Rafidah untuk melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.

“Sampai sekarang saya tak faham kenapa pihak berkuasa hanya membiarkan pondan-pondan popular ini berleluasa menunjukkan gaya hidup songsang mereka di media sosial. Macam-macam provokasi mereka buat.

“Tanpa rasa bersalah, mereka tunjuk klinik mana tempat mereka bedah, cucuk sana sini, pakai begitu begini, kejap jadi lelaki, kejap jadi pondan serta memberi idea dan inspirasi kepada budak-budak lain untuk jadi seperti mereka

“Kesian maknyah lain terpalit sama. Ada antara mereka yang mahu berubah, cari rezeki halal tapi sebab pondan-pondan poyo ini, dengan mereka sekali terkena,” katanya, juga menerusi satu hantaran di Facebook.

Beliau turut menggesa ibu bapa untuk lebih pro aktif dalam memantau aktiviti penggunaan telefon pintar anak-anak mereka.

“Tolong lah pasangkan perisian ‘Google Family for Parents’ dalam telefon anda dan ‘Google Family for Children’ dalam telefon anak-anak anda.

“Anda boleh pantau apa yang anak anda tonton, main dan juga menghadkan penggunaan peranti anak anda,” jelasnya. - Getaran, 10 Jun 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 3 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan